Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nubia Z70 Ultra Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula Dari RM3,899

Nubia Z70 Ultra Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula Dari RM3,899

Diterbitkan November 27, 2024 · Dikemas kini November 27, 2024 oleh Rushsyafizal

Nubia, jenama di bawah ZTE, secara rasmi melancarkan peranti andalan terbaru mereka, Nubia Z70 Ultra, di Malaysia. Diperkenalkan di China minggu lalu, telefon ini hadir dengan spesifikasi terkini dan sistem operasi baharu berfokuskan AI, Nebula AIOS berasaskan Android 15.

Nubia Z70 Ultra Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula Dari RM3,899

Peranti ini dilengkapi skrin AMOLED 6.85-inci dengan resolusi 1.5K, kadar penyegaran 144Hz, dan kecerahan puncak sehingga 2,000 nits. Teknologi kamera bawah paparan generasi ke-7 memastikan tiada potongan untuk kamera swafoto.

Ia dikuasakan cip terkini Qualcomm Snapdragon 8 Elite, bersama RAM sehingga 16GB dan storan sehingga 512GB serta menggunakan 50MP kamera utama dengan OIS dan apertur fizikal boleh laras. Lensa ultra lebar 50MP serta hadir dengan lensa periskop 64MP dengan OIS dan zum optik 2.7x.

Dibekalkan bateri 6,150mAh dengan sokongan pengecasan pantas 80W. Ia turut hadir dengan ketahanan kaca Longxi bersama penarafan IP68 dan IP69 untuk perlindungan habuk dan air.

Nubia Z70 Ultra Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula Dari RM3,899
Nubia Z70 Ultra Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula Dari RM3,899
Nubia Z70 Ultra Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula Dari RM3,899
Nubia Z70 Ultra Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula Dari RM3,899

Nubia Z70 Ultra kini tersedia untuk prapesan melalui laman web rasmi Nubia serta kedai Shopee dan Lazada. Harga ketersediaan (12GB+256GB) RM3,899 dan (16GB+512GB) RM4,499.

Nubia Z70 Ultra Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula Dari RM3,899

Sebagai tawaran istimewa, hanya untuk hari ini (27 November), model ini ditawarkan pada harga promosi 12GB+256GB (RM3,199) dan 16GB+512GB (RM3,699).

beli di:

Shopee – https://invl.io/clm1e5c

Lazada – https://invol.co/clm1e5f

Berkaitan

  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • OPPO Pad 3 Rasmi, Altenatif Kepada OPPO Pad 3 Pro Dengan Harga Mampu Milik
  • Pengguna iOS Kini Boleh Akses SearchGPT Lebih Mudah
  • Samsung Mungkin Akan Bangunkan Konsol Mudah Alih Boleh Lipat
  • Microsoft Sahkan Isu Kemas Kini Windows 11 24H2 Punca Pengimbas Dan Pencetak Gagal Berfungsi

Sumber: Nubia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY