Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-07-25T143621.738

nubia Flip 5G Kini Tersedia Di Shopee, Harga RM2,499

Diterbitkan Julai 25, 2024 oleh Muhd Idham

Kalau sebelum ini hanya tersedia di Lazada, nubia Flip 5G yang merupakan telefon jenis boleh lipat keluaran pertama daripada ZTE|nubia kini telah menerima pengiktirafan daripada SIRIM dan boleh dibeli melalui platform Shopee.

Screenshot 2024-07-25 123021

Secara ringkas, telefon ini dikuasakan oleh Snapdragon 7 Gen 1 dengan sokongan memori 8GB RAM + 12GB Dynamic RAM, storan 256GB dan menjalankan MyOS13 berasaskan Android 13.

Skrinnya adalah jenis OLED 6.9 inci dengan gandingan resolusi FHD+ (2790 x 1188) dan kadar segar semula 120Hz.

Untuk kamera, ia terdiri daripada 50MP utama, 2MP ultra lebar dan 16MP swafoto. Bateri pula berkapasiti 4,310mAh dengan pengecasan 33W.

Tidak terhenti di situ, telefon ini juga hadir dengan skrin kedua di bahagian panel belakang untuk akses yang pantas kepada notifikasi yang diterima.

Bermula daripada 25 hingga 31 Julai 2024, nubia Flip 5G ini akan tersedia untuk prapesan melalui gedung dalam talian atau pun secara fizikal di cawangan Wangsa Walk Wall, IOI City Mall Putrajaya dan IOI Mall Puchong.

Kemudian, ia akan tersedia untuk pembelian secara terus mulai tarikh 1 Ogos 2024.

Beli nubia Flip 5G di:

Shopee – https://invl.io/cllgdch

Lazada – https://invol.co/clkzsi2

Berkaitan

  • WhatsApp Bangunkan Ciri Kongsi Semula Kemas Kini Status
  • Nubia Z60S Pro Rasmi, Snapdragon 8 Gen 2 Dan Fotografi AI
  • Percuma 2,000 Diamonds MLBB Kalau Beli ROG Phone 8
  • Honda Melancarkan CR-V e:FCEV Dengan Jarak 621 Km Di Jepun
  • Permohonan MyKid Dibuka Semula Mulai 29 Julai

Sumber: Siaran Media ZTE|nubia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY