Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TECNO Dan Tonino Lamborghini Perkenal PC Gaming Mini Penyejukan Air Terkecil Di Dunia

TECNO Dan Tonino Lamborghini Perkenal PC Gaming Mini Penyejukan Air Terkecil Di Dunia

Diterbitkan Mac 5, 2026 · Dikemas kini Mac 5, 2026 oleh ariff bukhari

TECNO Mobile mengumumkan kerjasama antarabangsa dengan Tonino Lamborghini di mana kolaborasi ini bertujuan menggabungkan teknologi mudah alih canggih dengan reka bentuk ikonik Lamborghini.

HAsilnya, TECNO memperkenalkan TAURUS (MEGA MINI G1 Pro), PC gaming mini dengan penyejukan air paling kecil di dunia.

Ia merupakan generasi kedua PC Gaming Mini dari TECNO, susulan kejayaan model sebelum ini, MEGA Mini G1.

Dikuasakan oleh Intel® Core™ i9-13900HK serta grafik dipacu NVIDIA® GeForce RTX™ 5060 berasaskan seni bina Blackwell, ia menjanjikan  pengalaman gaming serta kerja kreatif yang lancar.

Rekaannya menonjol dengan casis logam berwarna gunmetal dan panel sisi lut sinar yang mempamerkan sistem penyejukan canggihnya.

TAURUS menggunakan plat tembaga tulen bersaiz 10,000 mm², digabungkan dengan tiga kipas berlampu jingga serta paip air merah yang berkilau. Berbeza dengan PC biasa yang menyembunyikan komponen dalaman, TAURUS menjadikan kejuruteraan sebagai elemen estetik utama.

Selain itu, ia dilengkapi skrin status di bahagian hadapan untuk pemantauan prestasi CPU dan GPU secara langsung serta 15 port sambungan, WiFi 6E, Bluetooth 5.4, serta bekalan kuasa 330W GaN.

Selain TAURUS, kerjasama TECNO ini turut menghasilkan 4 lagi produk bertemakan hasil kerjasama mereka iaitu telefon pintar POVA Metal Tonino Lamborghini Limited Edition, komputer riba, tablet dan fon telinga.

TECNO Dan Tonino Lamborghini Perkenal PC Gaming Mini Penyejukan Air Terkecil Di Dunia
POVA Metal Tonino Lamborghini Limited Edition
TECNO Dan Tonino Lamborghini Perkenal PC Gaming Mini Penyejukan Air Terkecil Di Dunia
TECNO Dan Tonino Lamborghini Perkenal PC Gaming Mini Penyejukan Air Terkecil Di Dunia
TECNO Dan Tonino Lamborghini Perkenal PC Gaming Mini Penyejukan Air Terkecil Di Dunia
TECNO Dan Tonino Lamborghini Perkenal PC Gaming Mini Penyejukan Air Terkecil Di Dunia

Berkaitan

  • TECNO Perkenal PC Gaming Mini Dengan Ciri Penyejukan Air Terkecil Di Dunia
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • TECNO Bangunkan Telefon Pintar Dengan Teknologi Magnetik Modular

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY