Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article (44)

nubia Flip 5G Kini Tersedia Dengan Harga Promosi RM2,499

Diterbitkan April 15, 2024 oleh Muhd Idham

Hari ini, nubia Technology telah membawa masuk satu produk terbaru mereka yang mana merupakan telefon boleh lipat ke dalam pasaran Malaysia iaitu nubia Flip 5G.

nubia Flip 5G_2

Dengan ini, pihak nubia juga secara rasminya telah memasuki segmen penghasilan produk telefon boleh lipat dan bagi keluaran pertama ini, ia dikuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon 7 Gen 1.

Selain itu, nubia Flip ini juga disokong memori 8GB RAM (sehingga 20GB RAM maya) dan kapasiti storan 256GB. Telefon ini pula menjalankan MyOS13 yang berasaskan Android 13.

nubia Flip 5G_5

Skrinnya pula hadir pada saiz 6.9 inci yang disokong kadar segar semula 120Hz, resolusi 2790 x 1188 dan PWM 2160Hz.

nubia Flip 5G_6

Telefon ini juga tampil dengan skrin kedua yang diletakkan di panel belakang bagi memberikan akses pantas terhadap notifikasi untuk penggunanya apabila berada dalam keadaan terlipat.

nubia Flip 5G_7

nubia Flip turut dilengkapi dengan kamera utama 50MP, 2MP ultra lebar dan 16MP swafoto. Manakala, baterinya hadir dengan kapasiti 4,310mAh dan pengecasan 33W.

nubia Flip 5G_8

Lain-lain ciri yang tersedia untuk telefon boleh lipat ini adalah pengimbas cap jari, NFC untuk pembukaan pintu serta dwi-mikrofon dengan teknologi ANC.

Berkaitan

  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Datang Ke Jerayawara vivo Minggu Ini, Ada Cabutan Bertuah Bernilai Sehingga RM13,000
  • Produk Xiaomi Kini Boleh Dibeli Melalui Laman Web, Promosi Serendah RM5.90

Anda kini boleh dapatkan nubia Flip 5G ini pada harga promosi seperti di bawah dalam tempoh yang ditetapkan melalui gedung dalam talian Lazada sahaja.

  • RM2,499 (15 – 17 April 2024)
  • RM2,899 (18 April 2024 – 15 Mei 2024)
  • RM3,999 (Harga sebenar)

Beli nubia Flip 5G di Lazada – https://invol.co/clkzsi2

Sumber: Siaran Media nubia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY