Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsApp featured image_medium

WhatsApp Bangunkan Ciri Kongsi Semula Kemas Kini Status

Diterbitkan Julai 25, 2024 · Dikemas kini Julai 25, 2024 oleh Amalina Athman

Dalam laporan sebelum ini, WhatsApp telah menguji ciri yang akan membolehkan pengguna mention atau menyebut kenalan dalam kemas kini Status – seakan di Instagram Stories.

Terbaharu, WhatsApp dilapor sedang membangunkan ciri repost atau perkongsian semula kemas kini Status apabila kenalan menyebut pengguna dalam status mereka.

Seperti dikongsi WABetaInfo, platform pemesejan itu sedang meneroka pelaksanaan butang baharu yang bertujuan untuk membolehkan pengguna berkongsi kemas kini status.

 

WhatsApp Bangunkan Ciri Kongsi Semula Kemas Kini Status

Dengan menggunakan ciri ini, pengguna boleh memastikan bahawa kemas kini Status di mana mereka telah disebut juga akan kelihatan dalam Status mereka sendiri, mengikut tetapan privasi masing-masing.

Tanpa ciri perkongsian semula, pengguna perlu melakukan tangkap layar atau sebaliknya meminta kenalan yang berkongsi Status asal untuk menghantar kepada mereka secara peribadi.

Seperti kebanyakan ciri baharu yang lain, ciri perkongsian semula kemas kini Status masih lagi dalam pembangunan dan dijangka tersedia dalam kemas kini akan datang.

Berkaitan

  • Status WhatsApp Kelak Akan Terima Ciri Baharu Seperti Instagram Stories
  • Penting Tambah E-mel Pada Akaun WhatsApp, Ini Sebab Dan Caranya
  • WhatsApp Kini Bolehkan Tetapan Kualiti Media Dalam HD Secara 'Default'

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY