Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SCAM SECURITY MAGAZINE

NSRC Ditubuhkan, Ini Talian Yang Boleh Dihubungi Jika Berdepan Penipuan Siber

Diterbitkan Oktober 14, 2022 oleh Amalina Athman

Seperti yang diumumkan dalam pembentangan Bajet 2023, Pusat Respons Scam Kebangsaan atau Nationa Scam Response Centre (NSRC) kini ditubuhkan sebagai salah satu inisiatif bagi menangani kes-kes jenayah penipuan siber dengan lebih berkesan dan bersepadu.

Berkaitan

  • Bank-Bank Di Malaysia Akan Laksana 5 Langkah Untuk Tangani Penipuan Kewangan - Persatuan Bank
  • Kongsi Kata Laluan Akaun Bank Dengan Kawan Rapat Tingkat Risiko Penipuan, Termasuk Diperalat - BNM
  • Bajet 2023: Kerajaan Tubuh Pusat Respons Scam Kebangsaan Untuk Tangani Penipuan Dalam Talian

NSRC merupakan pusat respons setempat yang menggabungkan sumber dan kepakaran daripada Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), institusi perbankan serta syarikat perkhidmatan telekomunikasi bagi menerima laporan daripada mangsa penipuan siber.

Kenyataan Media oleh Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-undang) – Penubuhan National Scam Response Centre (NSRC) Sebagai Pusat Setempat Bagi Respon Segera dan Bersepadu Menangani Kes-kes Jenayah Penipuan Siber pic.twitter.com/DX8AnvqJd8

— Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, JPM (@bheuu_jpm) October 14, 2022

Bagi membolehkan pihak NSRC mengambil tindakan seperti menyekat pengaliran dan pelupusan wang mangsa, mereka boleh terus menghubungi talian khusus bank masing-masing yang akan beroperasi 24 jam.

Selain itu, NSRC turut menyediakan talian khusus iaitu 997 untuk melaporkan insiden penipuan siber, yang beroperasi setiap hari termasuk cuti umum, dari pukul 8.00 pagi sehingga 8.00 malam.

Dalam pada itu, orang ramai juga diingatkan untuk sentiasa berwaspada apabila dihubungi individu yang menyamar sebagai pihak berkuasa atau berkaitan apa-apa perkhidmatan yang diragui.

Gambar utama: Security Magazine

Sumber: Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, JPM

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY