Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bajet 2023: Diskaun Bayaran Balik PTPTN Sehingga 20%, Bermula November Ini

Bajet 2023: Kerajaan Tubuh Pusat Respons Scam Kebangsaan Untuk Tangani Penipuan Dalam Talian

Diterbitkan Oktober 7, 2022 · Dikemas kini Oktober 7, 2022 oleh Amalina Athman

Setiap hari, jenayah penipuan dalam talian atau online scam menjadi isu global yang semakin serius di Malaysia. Bagi menangani isu penipuan dalam talian, Menteri Kewangan Tengku Zafrul mengumumkan beberapa langkah.

Antaranya termasuk menubuhkan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) yang melibatkan usahasama PDRM, BNM, MCMC serta NFCC dan institusi kewangan. Pusat ini akan beroperasi bermula Oktober 2022 dan bertindak berdasarkan laporan yang diterima untuk menyekat akaun serta mengambil tindakan ke atas penjenayah.

Berkaitan

  • Bajet 2023: e-Pemula Kekal, Golongan Belia Dan Pelajar Terima Jumlah Lebih Tinggi Kali Ini
  • Bajet 2023: Diskaun Bayaran Balik PTPTN Sehingga 20%, Bermula November Ini

Kedua adalah memperketat langkah-langkah keselamatan perbankan internet oleh institusi kewangan untuk menghentikan penggunaan one-time-password (OTP) berasaskan SMS bagi transaksi berisiko tinggi.

Selain itu, kerajaan akan menyediakan platform untuk orang ramai melaporkan mana-mana akaun atau nombor yang disyaki digunakan oleh penjenayah penipuan dalam talian.

Akhir sekali adalah mempertingkat tahap literasi kewangan dan digital pengguna bagi mengurangkan risiko menjadi mangsa penipuan.

Dalam masa yang sama, kerajaan juga akan memperkasa CyerSecurity Malaysia dengan peruntukan RM74 juta bagi tujuan mengukuhkan pemantauan pengesanan, dan pelaporan ancaman siber termasuk membina keupayaan sistem forensik siber.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY