Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bank-Bank Di Malaysia Akan Laksana 5 Langkah Untuk Tangani Penipuan Kewangan – Persatuan Bank

Bank-Bank Di Malaysia Akan Laksana 5 Langkah Untuk Tangani Penipuan Kewangan – Persatuan Bank

Diterbitkan September 27, 2022 · Dikemas kini Disember 22, 2025 oleh Amalina Athman

Dalam perasmian Pameran Maya Jenayah Kewangan yang berlangsung pada 26 September, gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunos mengumumkan semua institusi kewangan telah diarahkan untuk mengambil langkah-langkah tambahan untuk memperkukuh perlindungan terhadapan penipuan kewangan.

Terbaharu, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, tiga persatuan yang mewakili institusi perbankan di Malaysia iaitu Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) dan Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan (ADFIM) telah menyatakan sokongan terhadap arahan yang dikeluarkan.

Berkaitan

  • Bank-Bank Di Malaysia Diminta Beralih Daripada Penghantaran OTP Melalui SMS
  • Isu 'Scam' Berleluasa, Bank Negara Keluarkan 5 Arahan Pada Semua Bank

Antara langkah-langkah yang diumumkan termasuk beralih ke penghantaran One Time Password (OTP), ketatkan peraturan pengesanan penipuan dan menyekat transaksi yang disyaki terlibat dengan penipuan, laksana cooling-off period, hadkan 1 peranti untuk pengesahan transaksi dalam talian serta menyediakan talian hotline untuk memudahkan pelanggan membuat aduan mengenai penipuan kewangan.

Institusi perbankan juga mengakui bahawa pelaksanaan langkah-langkah tersebut mungkin akan menyebabkan urus niaga perbankan dalam talian mengambil tempoh yang lebih lama disebabkan langkah keselamatan dan semakan tambahan.

Sehubungan itu, institusi perbankan meminta agar pengguna memahami kelewatan dan kesulitan yang dijangka akan dihadapi oleh pengguna sebaik sahaja langkah-langkah berkenaan dilaksanakan. Walau bagaimanapun, langkah-langkah itu adalah penting untuk keselamatan tambahan dan pelanggan bank.

Sebagai tambahan, persatuan bank turut menyatakan pihaknya komited untuk memastikan komunikasi yang betul dengan pelanggan berhubung langkah tersebut, termasuk tarikh pelaksanaan, sebarang perubahan proses dan tindakan yang diperlukan bagi pihak pelanggan dan sebagainya.

Sumber: ABM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY