Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kongsi Kata Laluan Akaun Bank Dengan Kawan Rapat Tingkat Risiko Penipuan, Termasuk Diperalat – BNM

Kongsi Kata Laluan Akaun Bank Dengan Kawan Rapat Tingkat Risiko Penipuan, Termasuk Diperalat – BNM

Diterbitkan Oktober 4, 2022 oleh Amalina Athman

Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), kesanggupan individu berkongsi kata laluan atau nombor PIN akaun bank dengan kawan rapat boleh meningkatkan risiko penipuan dalam talian, termasuk diperalatkan sebagai ‘akaun keldai’ sama ada secara sedar atau sebaliknya.

Berkaitan

  • BNM: Jangan Padam Mesej Yang Dihantar Oleh 'Scammer'
  • BNM Masukkan OctaFX Dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan

Melalui Kaji Selidik Keupayaan dan Rangkuman Kewangan dari Segi Permintaan 2021 oleh BNM, satu per tiga daripada individu menyatakan mereka sanggup berbuat demikian, manakala selebihnya tidak memberikan perhatian pada ciri keselamatan laman sesawang sebelum melakukan transaksi dalam talian.

Kesan daripada itu, individu lebih mudah diperdaya untuk memberikan maklumat perbankan mereka melalui laman sesawang palsu, yang membolehkan penipu menggunakan maklumat tersebut untuk tujuan penipuan.

Timbalan Gabenor Jessica Chew dalam satu kenyataan pada 1 Oktober lepas mengatakan, penggunaan peranti dan aplikasi mudah alih yang kurang teliti juga telah menyebabkan individu menjadi mangsa penipuan seperti pancingan data (phishing), penggodaman dan kecurian data.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY