Nothing Phone (2) Rasmi - Snapdragon 8+ Gen 1, Panel Belakang Melengkung

Nothing Phone (2) akhirnya dilancarkan secara rasmi untuk pasaran global. Untuk pasaran Malaysia, ia akan dirasmikan pada 14 Julai 2023.

nothing phone (2)

Telefon kedua daripada Nothing ini dijana cip Snapdragon 8+ Gen 1 , GPU Adreno 730 dengan pilihan konfigurasi RAM/ROM seperti di bawah.

  • 8/128GB - $599 (~RM2,789)

  • 12/256GB - $699 (~RM3,255)

  • 12/512GB - $799(~RM3,721)


Baterinya adalah sebesar 4,700 mAh yang menyokong pengecasan sehingga 45W. Pengecasan wayarles berkelajuan 15W manakala pengecasan berbalik pula 5W.

nothing phone (2)

Dua kamera di belakang ialah 50MP f/1.9 (IMX890) dan sebuah lagi 50MP f/2.2 (Samsung JN1).

Bagi swafoto, lensanya dinaik taraf ke 32MP.

Skrinnya pula seluas 6.74 inci yang mana 0.15 inci lebih besar daripada model sebelumnya.

nothing phone (2)

Keluar daripada kotak, ia langsung menjalankan NothingOS 2.0 dengan Android 13 dan syarikat menjanjikan Phone (2) akan menerima kemas kini Android selama 3 tahun manakala tampalan keselamatan pula selama 4 tahun (setiap 2 bulan).

nothing phone (2)

Bercakap tentang sistem operasi itu, saya berpendapat ia seperti Phone (2) adalah kelahiran semula NothingOS kerana ia hadir dengan lebih banyak penambahbaikan.

Ciri perlindungan terhadap debu dan air pula juga dinaik taraf ke IP54.

nothing phone (2)

Di dalam kotak, anda akan dapat telefon, injector kad SIM, buku manual dan kabel USB-C yang hujungnya lutsinar seperti dikongsi Carl Pei tempoh hari.

https://www.tiktok.com/@wisermy/video/7254591399994133761?lang=en

Untuk warna pula, kali ini warna kelabu jadi pengganti pada warna hitam. Jadi, dua warna tersedia ialah putih dan kelabu.


Ciri baru


nothing phone 1 vs phone 2 - 1 Kapsyen: Phone (2) kiri dan Phone (1) kanan.


Nothing OS 2 hadir dengan ciri yang banyak dan lebih selari dengan konsep dibawakan Nothing. Malah, widgetnya sendiri juga bertambah dan ia lebih interaktif.

Widget interaktif ini bukan saja boleh ditatal malah juga tersedia pada lock screen.

nothing phone (2)

Bercakap soal widget di skrin kunci, fungsi yang paling penting dan ditunggu-tunggu ialah paparan kekal atau always-on-display akhirnya tersedia.

Untuk ikon aplikasi, anda boleh pilih warnanya dalam monokrom atau berwarna-warni dan ia akan digunakan dalam seluruh sistem.

Dalam pada itu, anda juga boleh pilih ikon seperti emoji untuk folder aplikasi yang mana bukanlah sebuah ciri penting tapi menarik untuk mereka yang rajin mendekorasi skrin.





Lampu Glyph kali ini mempunyai lebih banyak fungsi kerana diintegrasi dengan aplikasi, volume dan ciri pintar.

Antara perkara baru lain termasuk rekaan Glyph yang putus-putus dan kedudukan lapisannya lebih bawah daripada kedudukannya pada Phone (1).

Lebih menarik lagi, Phone (2) juga mempunyai sensor untuk kecerahan Glyph yang akan dilaraskan mengikut pencahayaan persekitaran. Anda juga boleh tetapkan sendiri tahap kecerahan Glyph secara kekal.

nothing phone (2)

Bukan itu saja, ada sebuah jalur mempunyai 16 kawasan lampu di dalamnya. Keperluan mempunyai sehingga 16 zon ini adalah kerana ia berperanan menunjukkan volume, jadi pemasa dan diintegrasi dengan Uber.
Garisan ini tersebut akan menyala, naik atau turun semasa anda laraskan volume. Selain itu, ia juga akan menyala mengikut pemasa yang anda tetapkan. Misalnya selama 15 saat, lampunya memadam dan akhirnya telefon akan berbunyi.

{suggest}

Sebuah lagi jalur di atasnya pula boleh ditetapkan untuk sentiasa menyala jika mendapat notifikasi daripada orang yang anda tetapkan. Misalnya, mesej WhatsApp daripada ibu anda.

Glyph Composer pula bolehkan anda cipta lagu yang dilaraskan dengan lampu Glyph di belakang dan ia terasa seperti zaman telefon Nokia dengan nada dering polifonik.

Jualan di Malaysia


nothing phone (2)

Harga untuk pasaran di Malaysia hanya akan didedahkan pada acara pelancarannya 14 Julai kelak.

Untuk menjadi pembeli terawal di Malaysia, anda harus ke Mid Valley pada 15 Julai 2023 dan maklumat lanjut tentangnya ada di SINI.

100 pembeli terawal di sana akan mendapat hadiah seperti kad SIM daripada Yes, baju, topi, pelekat dan barang eksklusif dengan label 001-100.

Spesifikasi penuh Phone (2) dan pratempahannya sudah dibuka di laman web Nothing Malaysia.

Sumber: Nothing Malaysia.