Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nothing Phone (4a)12

Nothing Phone (4a) Rasmi, Model Pro Dengan Unibody Aluminium

Diterbitkan Mac 6, 2026 oleh ariff bukhari

Seperti yang dijadualkan, Nothing mengumumkan model terbaru telefon pintar pertama mereka bagi tahun 2026 ini dengan melancarkan Nothing Phone (4a).

Untuk kali ini, Nothing Phone hadir dengan 4 pilihan warna iaitu Putih, Hitam, Biru dan Merah Jambu.

Nothing Phone (4a)

Antara spesifikasi utama Nothing Phone (4a) adalah sistem kamera tiga lensa: 50 MP utama dengan OIS/EIS, 50 MP periskop dengan zum sehingga 70x, dan lensa ultra-lebar.

Kamera hadapan 32 MP juga disokong AI untuk potret lebih semula jadi.

Paparan AMOLED 6.78 inci dengan resolusi 1224 x 2720 (440 PPI), kadar segar semula adaptif 120 Hz, serta kecerahan puncak sehingga 4500 nits.

Dari segi prestasi, ia menggunakan cip Snapdragon 7S Gen 4 dengan GPU Adreno 810 dan dimuatkan bateri 5080 mAh menyokong pengecasan pantas 50W.

Nothing Phone (4a) 1
Nothing perkenal ciri glyph LED baharu.

Nothing turut membuat kejutan apabila melancarkan model Phone (4a) Pro dengan spesifikasi yang lebih tinggi.

Perbezaan paling ketara adalah badan Nothing Phone (4a) Pro daripada aluminium dan dipacu Snapdragon 7 Gen 4 serta skrin lebih besar, 6.83 inci.

Keupayaan kamera juga lebih tinggi dengan ciri zum sehingga 140x dan lensa dari Sony.

Spesifikasi lainnya seperti pilihan warna (tiada warna biru), kapasiti bateri, RAM (pilihan 8GB atau 12GB ) dan storan (128GB atau 256GB) adalah sama dengan Phone (4a).

Nothing Phone (4a) Pro
Satu lagi perbezaan utama Phone (4a) Pro adalah rekaan belakang dengan ciri Glyph matrix sepertimana yang ada pada model Phone (3).

Nothing Phone (4a) dan Nothing Phone (4a) Pro yang dilancarkan di UK masing-masing berharga £349  (~RM2,094) dan £499 (~RMR2,995) dijangka akan tiba di Malaysia tidak lama lagi.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Telefon Pintar Premium Pertama Infinix, NOTE 60 Ultra Rasmi, Hasil Kerjasama Pininfarina
  • Telefon Gaming nubia Neo 5 GT Dilancar, Pertama Dalam Kelasnya Dengan Kipas Terbina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY