Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nothing Phone (3a) Lite_2

Nothing Phone (3a) Lite Rasmi Di Malaysia Dengan Harga RM1,199

Diterbitkan November 7, 2025 oleh Amsyar Latif

Nothing kini memperluaskan siri Phone (3) dengan pelancaran Nothing Phone (3a) Lite, model mampu milik yang mengekalkan identiti rekaan lutsinar ikonik jenama tersebut. Peranti ini hadir dengan satu Glyph Light di bahagian belakang untuk notifikasi bergaya dan lampu khas kamera.

Phone (3a) Lite menampilkan skrin AMOLED 6.77 inci FHD+ dengan kadar segar semula adaptif 120Hz dan kecerahan maksimum 3,000 nit, menjanjikan paparan terang serta lancar untuk tontonan dan permainan. Skrin tersebut turut dilindungi Panda Glass bagi ketahanan tambahan.

Dikuasakan cip MediaTek Dimensity 7300 Pro, ia dipadankan dengan 8GB RAM serta storan sehingga 256GB, yang boleh diperluas melalui kad mikroSD. Untuk fotografi, Nothing membekalkan sistem tiga kamera belakang — kamera utama 50MP, ultra lebar 8MP, dan makro 2MP. Kamera hadapan pula 16MP, sesuai untuk swafoto dan panggilan video.

Bateri berkapasiti 5,000mAh menyokong pengecasan pantas 33W serta pengecasan berbalik 5W (berwayar). Phone (3a) Lite menjalankan Nothing OS 3.5 berasaskan Android 15, lengkap dengan jaminan 3 tahun kemas kini Androiddan 6 tahun kemas kini keselamatan.

Peranti ini turut memiliki penarafan IP54 untuk ketahanan air dan habuk, serta menyokong Wi-Fi 6.

Nothing Phone (3a) Lite ditawarkan dalam warna Black dan White, berharga RM1,199 (8+256GB) di Malaysia. Pra-tempahan dibuka 22 November 2025, manakala jualan rasmi bermula 29 November 2025 melalui Nothing.tech dan rakan pengedar terpilih seperti DirectD, TMT, dan Urban Republic.

Berkaitan

  • Mahal, 'Spec' Tak Seberapa, Nothing Phone (3) Untuk Siapa Sebenarnya?
  • TIME Iktiraf Nothing Headphone (1) Antara Inovasi Terbaik 2025
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6 Inci Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
©2026 WISER.MY