Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Mahal, ‘Spec’ Tak Seberapa, Nothing Phone (3) Untuk Siapa Sebenarnya?

Posted on September 18, 2025September 18, 2025

Nothing muncul tiba-tiba di pasaran telefon pintar dan segera mendapat gelaran sebagai jenama yang “cool” untuk dimiliki.

Dengan rekaan unik, sistem operasi minimalis, dan peranti Android yang ditawar pada harga mampu milik tapi dengan binaan yang berkualiti.

Sambutan awal dari para peminat yang mencari alternatif adalah sungguh luar biasa, dengan peminat yakin bahawa Carl Pei, pengasas Nothing  telah mengulang kejayaan OnePlus yang juga pernah dijulangnya dulu.

Namun, hype terhadap Nothing seakan kelihan semakin kehilangan momentumnya.

Keadaan ini menjadi semakin jelas lagi apabila Phone (3) dilancarkan.

Ciri ni takdak pun takpa

Antara isu yang paling mengecewakan dan mengejutkan peminat apabila Phone (3) dilancarkan adalah tiada lagi ciri efek glyph.

Sebaliknya, efek glyph asal yang menjadi identiti Nothing diganti dengan “glyph matrix” yang tiada gunanya.

Ini kerana, efek glyph yang mula diperkenalkan dari model Phone (1), seterunya ke model Phone (2) dan Phone (3a) sudah menjadi identiti utama jenama Nothing Phone.

Sejujurnya, “glyph matrix” baharu iaitu ciri skrin kedua yang Nothing nyatakan sebagai nadi utama Phone (3) adalah mengarut.

Walaupun Nothing mendakwa skrin kedua mereka ini boleh digunakan untuk mengurangkan masa skrin dan pengguna akan banyak bermain-main dengannya, tapi sepanjang menggunakan Phone (3), penulis tidak pernah pun secara sengaja untuk mencuba atau memanfaatkan ciri skrin kedua ini.

Paling tidak pun, sekadar untuk “show off” kepada orang sekeliling. Tapi, selepas dari itu, ciri ini akan dimatikan kerana lebih utamakan hayat bateri.

Dari sebuah jenama yang melaungkan minimalisme dan keterbukaan, Nothing kini dilihat terlalu “try hard” mewujudkan sebuah ekosistem sendiri dengan ciri menarik. Namun sebaliknya ia lebh kepada gimik.

‘Spec‘ tak seberapa, tapi harga acah ‘flagship‘

Penulis sebagai salah seorang peminat tegar Nothing tidak dapat menyembunyikan rasa dikhianati kerana idea asal Nothing adalah telefon harga pertengahan dengan nilai tinggi, bukannya pesaing premium yang mengejar margin besar.

Tapi, apabila Nothing mengiklankan Phone (3) sebagai sebuah peranti flagship dan harga yang ditawar pula bermula dari RM3,299, ia amat mendukacitakan.

Walaupun Carl Pei cuba mempertahankan keputusan itu dengan menyatakan bahawa Nothing bukan untuk semua orang, namun, alasan itu dilihat sebagai mengelak daripada isu sebenar iaitu harga yang terlalu tinggi untuk spesifikasi sederhana.

Nothing Phone (3) adalah telefon pintar Android termahal yang dipacu cip Snapdragon 8s Gen 4.

Nothing Phone (3) untuk siapa sebenarnya?

Jadi, dengan spesifkasi tak seberapa, kualiti gambar dari kamera pun biasa sahaja, skrin kedua yang sangat minima impaknya, tapi dengan harga yang ditawarkan agak melampau,  Nothing Phone (3) ni untuk siapa sebenarnya?

3 Faktor utama ini menjadi kekuatan Phone (3) yang menyebabkan penulis tetap setia dengan jenama Nothing.

Bateri tahan lama

Jika anda mahukan sebuah peranti dengan bateri yang tahan seharian, Nothing Phone (3) adalah pilihan terbaik.

Hanya perlu cas penuh sehari sekali sahaja, anda dapat layari internet, layan Spotify dan strim video di Netflix, berjam-jam lamanya, dari pagi hingga petang tanpa risaukan bateri habis.

Walaupun dengan bateri 5150mAh sahaja, tapi Phone (3) mampu bertahan pagi ke petang untuk penggunaan biasa.

Kalau bateri habis pula, dengan sokongan pengecasan pantas, Phone (3) dapat dicas penuh (0% ke 70%) kurang 30 minit.

“Pure” Android

Nothing Phone (3) adalah alternatif terbaik bagi mereka yang mahukan sebuah peranti “pure Android”.

Rekaan UI yang clean dan ringan serta tidak tersedia disumbat dengan aplikasi-aplikasi mengarut, Phone (3) memberikan pengalaman yang amat menyenangkan dan lancar.

Rekaan UI yang ringkas serta OS Android yang lancar tanpa isu pepijat menjadi kekuatan utama Nothing Phone.

Unik dan berkualiti

Penulis masih tetap menganggap Nothing Phone (3) sebagai unik.

Manakan tidak, lihat saja rekaan 3 kamera belakangnya yang tidak selari dan macam tak siap. Kan unik tu.

Abaikan saja skrin kedua Phone (3) tu.

Malah, binaan dengan kualiti yang baik, Phone (3) sedap dan selesa dipegang.

Kesimpulannya…

Dengan spesifikasi tak seberapa tapi tawar range harga flagship, Nothing bukan lagi bersaing dengan dirinya sendiri.

Sebaliknya, Nothing sangat try hard mengejar status dengan cuba bersaing dalam kategori peranti premium.

Tidak hairanlah jika model Nothing Phone akan datang turut dijual pada harga tak masuk akal.

Harga melonjak ke paras yang mula dipertikai peminatnya sendiri dengan spesifikasi tidak cukup mantap untuk layak diiktiraf sebagai sebuah peranti premium menjadi isu utama kepada Nothing.

Namun, disebalik semua itu, Nothing Phone masih sebuah pilihan unik dengan rekaan berani, dan pengalaman penggunaan yang menyenangkan tanpa isu pepijat.

Tetapi, bagi golongan “baik beli” yang menilai berdasarkan spesifikasi dan harga, terdapat banyak alternatif lain yang lebih berbaloi untuk mereka.

Ya, Nothing Phone (3) over price dan ia bukan untuk semua orang.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress