Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nothing Phone (3a) Lite_1

Nothing Phone (3a) Lite Dilancarkan – Dimensity 7300 Pro, Bateri 5000mAh

Diterbitkan Oktober 30, 2025 oleh Amalina Athman

Nothing kini menambah ahli baharu dalam keluarga Phone 3 dengan pelancaran Nothing Phone (3a) Lite.

Telefon pintar mampu milik ini mengekalkan belakang kaca lutsinar ikonik Nothing dan hadir dengan satu Glyph Light untuk notifikasi.

Phone (3a) Lite menampilkan skrin AMOLED 6.77-inci dengan resolusi FHD+, sokongan kadar segar semula adaptif 120Hz dan kecerahan maksimum 3,000 nit, serta mempunyai perlindungan skrin Panda Glass.

Nothing Phone (3a) Lite_5

Dari segi prestasi, peranti ini dikuasakan cip MediaTek Dimensity 7300 Pro bersama sokongan 8GB RAM dan pilihan storan sehingga 256GB yang boleh diperluas melalui slot kad mikroSD.

Di bahagian belakang, Phone (3a) Lite dilengkapi kamera utama 50MP, disertai kamera ultra lebar 8MP dan makro 2MP. Sementara di bahagian hadapan pula dimuatkan kamera swafoto 16MP.

Nothing Phone (3a) Lite_8

Baterinya berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan 33W serta pengecasan berbalik 5W (berwayar).

Peranti ini menjalankan Nothing OS 3.5 berasaskan Android 15, dengan jaminan 3 tahun kemas kini Android dan 6 tahun kemas kini keselamatan. Ciri lain termasuk sokongan Wi-Fi 6 serta penarafan kalis air dan habuk IP54.

Nothing Phone (3a) Lite_3
Nothing Phone (3a) Lite_2

Nothing Phone (3a) Lite ditawarkan dalam warna Black dan White pada harga £249 (~RM1,380) untuk versi 8+128GB dan £279 (~RM1,547) bagi 8+256GB.

Menurut laman rasmi Nothing, ia akan tiba di pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Berkaitan

  • Siri Nothing Phone (3a) Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM1,699
  • Nothing Phone (3) Rasmi Di Malaysia, Harga Dari RM3,299
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • TIME Iktiraf Nothing Headphone (1) Antara Inovasi Terbaik 2025

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY