Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Nothing Phone (3) Rasmi Di Malaysia, Harga Dari RM3,299

Posted on Julai 11, 2025Julai 11, 2025

Selepas pelancaran globalnya awal Julai lalu, telefon andalan Nothing Phone (3) akhirnya dilancarkan di Malaysia.

Hadir dalam 2 varian, Phone (3) dengan 12GB RAM + storan 256GB ditawar pada harga RM3,299 dan varian 16GB RAM + 512GB pula berharga RM3,799.

Nothing Phone (3) hadir dalam pilihan warna Hitam dan Putih.

Phone (3) dikuasakan cip Snapdragon 8s Gen 4 dengan CPU lapan teras dan kelajuan mencecah 3.21GHz.

Menurut Nothing, cip ini 36% lebih pantas berbanding cip Snapdragon 8+ Gen 1 dalam Phone 2, manakala prestasi grafik meningkat sebanyak 88%.

Salah satu ciri baru dan paling menonjol pada Phone (3) ialah Glyph Matrix, sebuah paparan mikro-LED di bahagian belakang telefon yang menggantikan sistem LED biasa yang diperkenalkan dalam model-model terdahulu.

Skrin kecil ini direka untuk mengurangkan kebergantungan pengguna terhadap skrin utama, membolehkan notifikasi, jam digital, status bateri dan pelbagai maklumat ringkas dipaparkan dari belakang telefon.

Malah, Nothing turut memperkenalkan ciri Glyph Toys, iaitu fungsi seperti widget mini dan permainan ringkas yang boleh dimainkan terus melalui skrin mikro-LED ini.

Nothing Phone (3) turut tampil dengan empat kamera 50MP – tiga di belakang dan satu kamera swafoto yang menyokong rakaman video 4K pada kadar 60FPS dengan penstabil imej optikal (OIS) pada kamera utama dan periskop.

Baterinya pula dimuatkan dengan bateri 5,150mAh yang menyokong pengecasan pantas 65W secara berwayar dan 15W secara tanpa wayar.

Selain itu, Nothing Phone (3) hadir dengan butang khas yang dinamakan Essential Key, yang berfungsi untuk mengakses aplikasi Essential Space – sebuah aplikasi nota berasaskan AI.

Fungsi menarik seperti Flip to Record turut disertakan, membolehkan pengguna merakam perbualan secara automatik hanya dengan membalikkan telefon, yang kemudiannya akan ditranskripsi secara automatik.

Nothing menyatakan, Phone (3) menjalankan Android 15 dengan sokongan kemas kini perisian selama 5 tahun, serta kemas kini keselamatan selama 7 tahun.

Prapesanan Nothing Phone (3) akan dibuka bermula 12 Julai 2025 dengan jualannya tersedia pada 1 Ogos akan datang yang boleh dibeli dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.me/clmtf4a
  • Lazada – https://invl.me/clmtf4c

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress