Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
nothing headphone 1

Nothing Headphone (1) Kini Di Malaysia, Harga RM1,099

Diterbitkan Julai 11, 2025 ยท Dikemas kini Julai 11, 2025 oleh ariff bukhari

Selain telefon andalan pertama, Nothing turut melancarkan fon kepala pertama mereka, Headphone (1).

Nothing Headphone (1) dibangunkan hasil kolaborasi dengan syarikat audio terkemuka, berpangkalan di UK, KEF.

Headphone (1) menawarkan pengalaman audio imersif menerusi pemacu dinamik 40mm yang memberikan kualiti audio premium untuk muzik, video atau panggilan telefon.

Ciri Pembatalan Bunyi Aktif (ANC) masa nyata membolehkan fon kepala ini disesuaikan secara automatik mengikut keadaan persekitaran pengguna.

Nothing Headphone (1)__
Nothing Headphone (1)_8

Ditambah pula dengan sistem 4 mikrofon ENC (Environmental Noise Cancellation), Nothing Headphone (1) menjanjikan panggilan yang jelas walaupun dalam suasana bising.

Bagi peminat audio tegar, fon kepala ini menyokong Hi-Res Audio dan codec LDAC, serta sambungan USB-C dengan main balik tanpa kehilangan kualiti audio (lossless).

Nothing Headphone (1)_5

Gabungan teknologi ini menjadikan Nothing Headphone (1) sebagai fon kepala yang sesuai untuk hiburan, komunikasi, dan produktiviti harian.

Nothing Headphone (1) ditawar pada harga RM1,099 dengan prapesanan akan dibuka bermula 12 Julai 2025 dengan jualannya tersedia pada 1 Ogos akan datang yang boleh dibeli dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.me/clmtf4a
  • Lazada – https://invl.me/clmtf4c

Berkaitan

  • MYTV Mana-Mana Premium Dilancar, Langganan Serendah RM6.90 Sebulan
  • Siri Infinix HOT 60 Kini Di Malaysia, Sokong Komunikasi Tanpa Rangkaian Mudah Alih
  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY