Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MYTV Mana-mana

MYTV Mana-Mana Premium Dilancar, Langganan Serendah RM6.90 Sebulan

Diterbitkan Julai 9, 2025 · Dikemas kini Julai 10, 2025 oleh ariff bukhari

MYTV Broadcasting Sdn Bhd hari ini melancarkan MYTV Mana-Mana Premium, perkhidmatan penstriman premium dengan harga langganan mampu milik untuk semua rakyat Malaysia.

Bermula serendah RM6.90 sahaja sebulan, ia menawarkan pelbagai kandungan berkualiti tinggi termasuk saluran TV langsung, video on demand, filem, drama tempatan dan antarabangsa, sukan, anime, kartun kanak-kanak, rancangan Korea, drama Indonesia, dan dokumentari.

mytv mana-mana

“Hiburan premium tidak perlu disertakan dengan harga premium,” Encik Syaffandi Shahrom, Pemangku Ketua Pegawai Operasi MYTV Broadcasting Sdn. Bhd.

MYTV turut memperkenalkan MYTV Originals, inisiatif kandungan eksklusif hasil kerjasama dengan pencipta tempatan untuk mengetengahkan cerita dan bakat Malaysia.

MYTV Mana-mana
MYTV Mana-Mana Premium Dilancar, Langganan Serendah RM6.90 Sebulan

Selain versi premium, versi percuma MYTV yang kini sudah mencatat lebih 800,000 muat turun masih dikekalkan, memastikan akses hiburan untuk semua tanpa mengira latar belakang.

“MYTV Mana-Mana Premium dibina untuk keluarga, pelajar, dan individu sama ada anda menonton di mudah alih, tablet, atau skrin besar melalui Google TV. Dengan kadar harga yang rendah ini, kami benar-benar berharap semua orang dari kawasan bandar hingga komuniti luar bandar dapat menikmati semua tawaran MYTV Mana-Mana Premium.”

Pelancaran ini disokong dengan kerjasama Prism+, FoodPanda dan MPH Bookstores, yang akan memperluas ekosistem kandungan, komersial, dan komuniti MYTV.

Berkaitan

  • MYTV Lancar Servis Penstriman Percuma "MYTV Mana-Mana"
  • 'Laptop' Mahal Sangat? Tablet Ni Dah Lebih Dari Cukup
  • Pengasas Bersama Twitter Cipta Aplikasi Saingi WhatsApp, Tidak Perlu Sambungan Internet

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY