Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
image (1)

Nothing Dedah Rekaan Phone (4b) Menjelang Pelancaran

Diterbitkan Jun 26, 2026 · Dikemas kini Jun 26, 2026 oleh Amalina Athman

Tidak lama selepas mengesahkan tarikh pelancarannya, Nothing kini mendedahkan reka bentuk rasmi Phone (4b), iaitu model pertama dalam siri “b” yang diperkenalkan sebagai barisan telefon pintar baharu syarikat itu.

Bagi model sulung dalam siri tersebut, Nothing memilih untuk menggabungkan beberapa elemen daripada barisan Phone (4a). Phone (4b) menggunakan reka bentuk unibody Phone (4a) Pro bersama Glyph Bar yang diperkenalkan pada Phone (4a).

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/06/26103957/Nothing_-_Phone_4b_._7_July_1100_BST_euDtmy.mp4

Rekaan telus yang menjadi identiti Nothing turut dikekalkan, tetapi diberi sentuhan yang lebih ringkas dan segar. Bahagian dalaman disusun dengan lebih kemas, dipadankan dengan kemasan lutsinar yang lebih jelas serta rekaan belakang yang bersambung ke bingkai peranti.

Nothing turut menyatakan Phone (4b) dibangunkan untuk generasi pengguna baharu. Ia hadir dengan reka bentuk minimalis, ketahanan yang dipertingkatkan, struktur binaan yang lebih kukuh serta kemasan yang lebih lembut untuk keselesaan ketika dipegang dalam tempoh yang lama.

Pelancaran Phone (4b) dijadualkan pada 7 Julai 2026, jam 6 petang waktu Malaysia, dengan spesifikasi penuh dan maklumat lanjut akan diumumkan semasa acara tersebut.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Siri Nothing Phone (4a) Tiba Di Malaysia Dalam Satu Varian, Harga Bermula RM1,999
  • Nothing Mungkin Mampu Atasi Isu Kaca Mata Pintar Pada 2027
  • Nothing Sahkan Phone (4b) Akan Dilancar 7 Julai

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY