Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nothing Sahkan Phone (4b) Akan Dilancar 7 Julai

Nothing Sahkan Phone (4b) Akan Dilancar 7 Julai

Diterbitkan Jun 24, 2026 · Dikemas kini Jun 24, 2026 oleh Amalina Athman

Nothing kini mengesahkan telefon pintar baharunya, Nothing Phone (4b), akan dilancarkan secara global pada 7 Julai 2026, jam 6 petang waktu Malaysia.

Phone (4b) juga menjadi model pertama di bawah siri “b”, iaitu kategori telefon pintar baharu yang diperkenalkan Nothing sebagai titik permulaan untuk memasuki ekosistemnya. Menurut syarikat itu, siri tersebut dibangunkan bagi membawa pengalaman teras Nothing kepada generasi pengguna baharu.

Mengulas mengenai penamaan itu, pengasas bersama Nothing, Akis Evangelidis menjelaskan huruf “b” bukan singkatan kepada sebarang perkataan. Sebaliknya, ia hanya meneruskan sistem penamaan Nothing yang menggunakan nombor bagi mewakili generasi peranti, manakala huruf digunakan untuk membezakan segmen produk.

Beliau juga berkata siri A akan kekal sebagai barisan telefon pintar paling premium di bawah model flaghsip Nothing yang tidak menggunakan sebarang huruf pada namanya. Siri B pula diperkenalkan bagi memperluaskan portfolio syarikat ke segmen baharu sambil mengekalkan hierarki produk yang lebih jelas.

Nothing Phone 4b

Bersama pengumuman itu, Nothing turut berkongsi lakaran reka bentuk Phone (4b), yang memberikan gambaran lebih jelas mengenai bahagian belakang peranti. Lakaran tersebut memperlihatkan modul kamera berbentuk pil yang ditempatkan dalam pulau kamera berbentuk segi empat tepat.

Di sebelah modul kamera itu turut kelihatan satu lagi komponen berbentuk pil yang dipercayai menempatkan lampu LED bersama sensor autofokus.

Spesifikasi penuh, harga dan ketersediaan Nothing Phone (4b) dijangka diumumkan ketika pelancarannya pada 7 Julai nanti.

Berkaitan

  • Siri Nothing Phone (4a) Tiba Di Malaysia Dalam Satu Varian, Harga Bermula RM1,999
  • Nothing Mungkin Mampu Atasi Isu Kaca Mata Pintar Pada 2027
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY