Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Notepad Terima 2 Ciri Ejaan Baharu, Ini Cara Nyah Aktifkannya

Notepad Terima 2 Ciri Ejaan Baharu, Ini Cara Nyah Aktifkannya

Diterbitkan Februari 17, 2025 · Dikemas kini Februari 17, 2025 oleh ariff bukhari

Selepas menamatkan aplikasi WordPad, Microsoft kini memberi sedikit tumpuan kepada aplikasi Notepad dengan memuatkan 2 ciri baharu yang mungkin berguna kepada mereka yang menggunakan aplikasi ini.

Ciri baru itu adalah ciri semakan ejaan (Spell check) dan pembetulan ejaan automatik (Autocorrect).

Ciri Spell check sebenarnya dihidupkan secara lalai (default), tetapi jika anda mahu mematikannya, anda klik pada Settings (ikon roda bergigi) aplikasi Notepad dan pergi ke bahagian Spelling, kemudian tukarkan tetapan tersebut.

Seperti pada rajah di bawah, anda boleh lihat terdapat satu lagi tetapan baharu di bawah tetapan Spell check yang dipanggil sebagai Autocorrect.

Ciri ini membolehkan Notepad membetulkan kesilapan taip anda secara automatik apabila ia mengesannya. Tetapan ini memberi kesan kepada semua jenis fail.

notepad 1
Juga terdapat pilihan memaparkan beberapa jenis fail yang membolehkan anda mengaktif atau menyahaktifkan pemeriksaan ejaan untuk jenis fail tertentu sahaja.

Jadi, jika anda masih menggunakan aplikasi Notepad pada tahun 2025 ini, anda bolehlah mempertimbangkan untuk mengaktifkan atau nyah aktifkan ciri yang sudah tersedia ini.

Berkaitan

  • Selepas 29 Tahun, WordPad Akhirnya Dibuang Dari Windows
  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • nubia V70 Max Kini Di Malaysia - Telefon Tahan Lasak, Bateri 6000mAh Berharga RM399

Sumber: PCWorld

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tonton Netflix Dan YouTube Di UK Mungkin Perlu Bayar Lesen TV £180 Setahun
  • Kerajaan Larang Penjawat Awam Guna Aplikasi Navigasi Waze - Berkuat Kuasa Serta-Merta
  • Kapal Angkasa Jepun Dalam Perjalanan Ke Bulan Planet Marikh, Dijangka Tiba Ogos 2027
  • Xbox Generasi Baharu Dilapor Mungkin Berharga Sehingga AS$1,800
  • Jualan Tiket Bas Ekspres Hanya Melalui Terminal Berlesen Mulai 1 November
  • Pusat Data Google Cloud Terputus Bekalan Tenaga, Urusan Bank Di UK Terjejas
  • DJI Osmo Pocket 4P Pearl White Kini Dijual Di Malaysia, Harga RM2,419
  • Antigravity Lancar Alat Kawalan Dan Aksesori Baharu Bagi Dron A1
©2026 WISER.MY