Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft Sah Akan Buang Salah Satu Aplikasi Tertuanya Dari Windows

Selepas 29 Tahun, WordPad Akhirnya Dibuang Dari Windows

Diterbitkan Oktober 4, 2024 oleh ariff bukhari

Microsoft akhirnya secara rasmi, menerusi kemas kini Windows 11, versi 24H2 dan Windows Server 2025, membuang aplikasi WordPad dari sistem Windows.

Microsoft dalam kenyataan mereka berkata,

“WordPad dialih keluar daripada semua edisi Windows bermula dalam Windows 11, versi 24H2 dan Windows Server 2025. Kami mengesyorkan Microsoft Word untuk dokumen teks seperti .doc dan .rtf dan Windows Notepad untuk dokumen teks biasa seperti .txt. “

Pada tahun 2023 lalu, Microsoft sudah pun menamatkan sokongan ke atas aplikasi ini.

WordPad secara automatik telah dipasang dalam sistem Windows sejak Windows 95 dilancarkan pada tahun 1995.

WordPad merupakan aplikasi yang membolehkan pengguna mencipta dan menyunting dokumen dengan format teks serta memasukkan imej dan pautan ke fail lain.

Berkaitan

  • Selepas 28 Tahun, Microsoft Hentikan Sokongan WordPad
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Microsoft Office 2024 Kini Dalam 2 Edisi Tanpa Langganan, Harga Dari RM609 Sahaja

Sumber: Microsoft

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY