Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iphone7 noncam

NonCam, iPhone Khas Tanpa Kamera

Diterbitkan Mac 10, 2026 oleh ariff bukhari

Tahukah anda bahawa terdapat iPhone yang dimodifikasi tanpa kamera yang disasarkan pada pengguna yang memerlukan mereka bekerja di kawasan sensitif?

Bukan dihasilkan oleh Apple, tetapi iPhone tersebut dimodifikasi dari peranti asal oleh NonCam, jenama oleh Technical Engineering Pte. Ltd, syarikat berpangkalan di Singapura yang mula menawarkan modifikasi iPhone tanpa kamera sejak 2011.

Tujuan utama menghapuskan kamera itu adalah untuk kegunaan di kawasan larangan kamera seperti pangkalan tentera, loji minyak, loji kuasa nuklear, dan projek industri sensitif.

Namun iPhone tersebut masih mengekalkan semua fungsi utamnya yang lain seperti aplikasi, e-mel, peta, dan media sosial.

Bezanya cuma tidak boleh mengambil gambar atau video.

iphone noncam

Terdapat dua pilihan untuk memiliki iPhone tanpa kamera ini.

Pertama anda membeli model iPhone terdahulu (iPhone SE, iPhone 7/8) yang telah diubah suai dengan harga boleh mencecah sehingga US$1,500 (~RM5,900) dari NonCam.

Atau menggunakan kit DIY (model tertentu iPhone) yang hanya berharga sekitar $200 (~RM800) untuk menanggalkan kamera iPhone anda sendiri.

Walaupun kosnya lebih tinggi berbanding iPhone biasa, ia memberi penyelesaian kepada pekerja yang perlu mematuhi peraturan keselamatan ketat di tempat kerja atau lokasi rahsia.

Ketahui lebih lanjut tentang NonCam dengan layari laman rasmi We have Non-camera iPhone SE, 8, 7, 6S, and more! – NonCam.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • MWC 2026 Nobatkan iPhone 17 Pro Telefon Terbaik
  • PinjamGajet Tawar Servis Laptop Terpakai, Boleh Disewa Serendah RM10 Sebulan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY