Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 17 Pro

MWC 2026 Nobatkan iPhone 17 Pro Telefon Terbaik

Diterbitkan Mac 6, 2026 · Dikemas kini Mac 6, 2026 oleh ariff bukhari

iPhone 17 Pro muncul sebagai pemenang utama dalam kategori Telefon Pintar Terbaik di Anugerah GLOMO 2026 yang berlangsung di MWC Barcelona.

Pengiktirafan itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Apple sebagai peneraju inovasi dalam industri telefon pintar serta membuktikan bahawa Apple masih menjadi penanda aras dalam dunia telefon pintar premium.

Panel juri antarabangsa menilai iPhone 17 Pro sebagai telefon pintar terbaik dari segi prestasi, inovasi dan kepimpinan yang berada di pasaran antara Januari hingga Disember 2025.

Antara yang dinilai termasuklah sokongan kemas kini, fungsi dan ciri, pengalaman pengguna serta nilai yang berbaloi pada wang.

Siri ini menonjol dengan sistem kamera yang dipertingkat, integrasi kecerdasan buatan untuk pengalaman pengguna lebih pintar, serta kecekapan tenaga yang lebih baik.

Selain Apple, beberapa jenama lain turut menerima pengiktirafan termasuklah Honor untuk inovasi bateri karbon silikonnya, serta Infinix dalam kategori telefon pintar bajet terbaik menerusi model  HOT 60 Pro+.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Rangkaian 5G U Mobile Diiktiraf Paling Pantas Di Malaysia
  • Telefon Pintar Premium Pertama Infinix, NOTE 60 Ultra Rasmi, Hasil Kerjasama Pininfarina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY