Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PinjamGajet Tawar Servis Laptop Terpakai, Boleh Disewa Serendah RM10 Sebulan

PinjamGajet Tawar Servis Laptop Terpakai, Boleh Disewa Serendah RM10 Sebulan

Diterbitkan Mac 9, 2026 · Dikemas kini Mac 9, 2026 oleh ariff bukhari

Rakyat Malaysia kini boleh menyewa komputer riba terpakai serendah RM10/bulan menerusi Inisiatif PinjamGajet.

Program ketiga di bawah gerakan Ayuh Malaysia ini merupakan satu usaha bagi membantu lebih ramai rakyat mendapatkan akses kepada peranti digital pada kos rendah.

Menerusi program ini juga, ia membolehkan orang awam menyumbangkan gajet elektronik terpakai seperti komputer riba.

Peranti tersebut kemudian akan dibaik pulih sebelum disewakan kepada pengguna dengan kadar serendah RM10 sebulan.

Menurut pengasas Ayuh Malaysia, Rafizi Ramli, komputer riba kini menjadi keperluan penting terutama bagi pelajar universiti dan sekolah.

PinjamGajet Tawar Servis Laptop Terpakai, Boleh Disewa Serendah RM10 Sebulan

Selain membantu pelajar, ia juga melatih belia dan sukarelawan membaiki peranti, sekali gus membuka peluang keusahawanan serta mengurangkan e-sisa.

Matlamat PinjamGajet adalah untuk mengedarkan 10,000 komputer riba dalam masa setahun, memperluas operasi ke luar Lembah Klang, dan membina budaya gotong-royong digital.

Maklumat lanjut mengenai program ini boleh didapati melalui laman web rasmi pinjamgajet.ayuhmalaysia.org.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • MacBook Neo Kini Rasmi - Cip A18 Pro, Harga Bermula RM2,499
  • JPJ Lancar Aplikasi Lelong Kenderaan Sita

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY