Nokia Magic Max, Mungkin Bakal Jadi 'Flagship Killer' Selepas Dilancarkan Nanti

Pada Februari lepas, Nokia telah memperbaharui logo mereka untuk dengan satu nafas baharu. Ini adalah salah satu usaha daripada jenama itu untuk bersaing dalam industri telefon pintar yang serba membangun.


Nokia Magic Max


Dalam acara MWC 2033 lepas, Nokia telah mengumumkan peranti flagship mereka yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Menariknya lagi, peranti Magic Max itu mungkin bakal menjadi pesaing baharu yang sangat berpontensi dalam segmen andalan selepas ia dilancarkan nanti.

Hal ini demikian kerana jangkaan spesifikasi dan harga peranti ini sangat seimbang dan berbaloi.

Spesifikasi dan Harga


Mengikut sumber, peranti ini akan dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 2, menawarkan variasi memori RAM 8GB, 12GB dan 16GB, dan pilihan storan 256GB atau 512GB.

Nokia Magic Max

Selain itu, Nokia dikhabarkan memberi skrin AMOLED berukuran 6.7" dengan sokongan kadar segar semula 120Hz dalam perlindungan Corning Gorilla Glass 7.

Untuk kamera, peranti ini akan dilengkapi sistem 3 kamera - 144MP utama, 64MP ultra-lebar dan 48MP telefoto. Yang mengejutkan adalah terdapat sumber yang mendakwa Magic Max akan disokongkan bateri sebesar 7,950mAh dengan pengecasan pantas 180W.

Di samping itu, Nokia Magic Max ini dijangkakan dijual pada harga permulaan USD550 (~RM2,500). Oleh itu, kita boleh menjangkakan pasaran telefon pintar akan lebih rancak lagi apabila peranti ini dilancarkan nanti.

Untuk pengetahuan anda, peranti ini akan dilancarkan pada awal bulan Ogos 2023 nanti. Berkemungkinan besar, siri andalan daripada Nokia ini akan menjadi sebuah 'flagship killer' dalam pasaran nanti.

Sumber: Gizchina

Gambar utama: GSMArena