Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
’23 1

MOSTI Akan Menerajui ‘Space Tech Nexus’ Dalam Pameran LIMA’23

Diterbitkan Mac 20, 2023 oleh ariff bukhari

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Chang Lih Kang memaklumkan, Kementeriannya melalui Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), bakal menerajui Space Tech Nexus dalam Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA’23).

Space Tech Nexus akan berlangsung dari 23 hingga 27 Mei 2023 merangkumi Langkawi International Space Forum (LISF) 2023, pemeteraian MoU, bilateral talk, pameran komersial, technology updates, side events dan lawatan teknikal.

Beliau berkata, Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Kementerian Pengangkutan (MOT) selaku penganjur LIMA’23 telah memberikan mandat kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui MYSA untuk menerajui Space Tech Nexus pada pameran LIMA’23 kali ini.

Beliau menyatakan, penglibatan MOSTI sebagai peneraju Space Tech Nexus dijangka akan mengukuhkan lagi jaringan kerjasama strategik sektor angkasa di antara Malaysia dengan pelbagai pihak khususnya dalam aspek pembangunan kapasiti, kepakaran, peluang kerjasama teknikal dan komersial dan memudahcara pelaburan industri angkasa bagi merancakkan pertumbuhan industri pemula tempatan.

MOSTI Akan Menerajui ‘Space Tech Nexus’ Dalam Pameran LIMA’23

Pameran dwi tahunan LIMA (Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition) bakal kembali untuk edisi LIMA’23 tahun ini yang dijadualkan akan berlangsung selama 5 hari iaitu dari 23 Mei (Selasa) hingga 27 Mei 2023 (Sabtu).

Berkaitan

  • SVDP 2.0 LHDN Bakal Sasar 'Tiktokers' Dan Pempengaruh Sebagai Pembayar Cukai
  • PM Mungkin Pertimbang Semula Monopoli Touch 'n Go
  • Status Panas 3 Daerah Di Negeri Sebelah Utara Ditahap Berjaga-Jaga, Hujan Lebat Di Barat Semenanjung

Sumber: MYSA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY