Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
windows 11

Kemas Kini Terbaru Windows 11 22H2 Menyebabkan Proses Salinan Fail Menjadi Lebih Lama

Diterbitkan Mac 20, 2023 oleh ariff bukhari

Pada 14 Mac 2023 lalu, Windows telah pun melepaskan kemas kini KB5023706 (OS Build 22621.1413) kepada pengguna Windows 11 versi 22H2.

Microsoft menyatakan, kandungan kemas kini itu adalah bagi menangani isu keselamatan sistem operasi Windows tersebut.

Screenshot 2023-03-20 122420
Screenshot 2023-03-20 122504

Walaubagaimanapun pada masa yang sama, Microsoft juga memaklumkan pengguna mungkin akan berdepan isu prestasi melibatkan proses salinan fail.

Microsoft menyatakan, apabila pengguna menyalin fail gigabait (GB) yang besar, mereka mungkin mengambil masa yang lebih lama daripada yang dijangkakan untuk diselesaikan pada Windows 11, versi 22H2.

Namun begitu isu ini akan lebih cenderung dialami oleh mereka yang membuat salinan menerusi perkongsian rangkaian menerusi Server Message Block (SMB).

Sementara peranti Windows yang digunakan oleh pengguna di rumah mereka atau pejabat bersaiz kecil tidak mungkin terjejas dengan isu ini.

Microsoft berkata mereka sedang mencari penyelesaian bagi menangani isu tersebut.

Berkaitan

  • Menu Siswa Rahmah Serendah RM3.50 Ditawar Untuk Pelajar IPTA, Politeknik
  • iPhone 15 Pro Max Dilapor Bakal 'Pecah Rekod' Untuk Bezel Paling Nipis
  • "Jangan Pukul Orang Guna Pelapik Tetikus Gaming Kami" - Razer

Sumber: Microsoft

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY