Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nissan at Auto China 2026

Nissan Tayang 2 Konsep SUV PHEV Baru, Akan Dilancar Tahun Depan

Diterbitkan April 24, 2026 · Dikemas kini April 24, 2026 oleh ariff bukhari

Nissan di pameran Auto China 2026 memperkenalkan dua konsep SUV baharu berteknologi NEV (New Energy Vehicle).

Di bawah visi “Mobility Intelligence for Everyday Life”, Nissan menegaskan komitmen menjadikan China sebagai pasaran utama dan hab inovasi global.

Konsep pertama, Urban SUV PHEV, direka khas untuk golongan muda bandar dengan gabungan prestasi elektrik dan gaya moden, diinspirasikan falsafah reka bentuk NX8.

Nissan Tayang 2 Konsep SUV PHEV Baru, Akan Dilancar Tahun Depan

Sementara itu, Terrano PHEV Concept menghidupkan semula nama ikonik Terrano, kali ini dengan teknologi plug-in hybrid yang sesuai untuk pengembaraan off road dan kegunaan harian.

Nissan Tayang 2 Konsep SUV PHEV Baru, Akan Dilancar Tahun Depan

Nissan mengumumkan bahawa versi produksi kedua-dua model akan dilancarkan dalam tempoh setahun, bersama tiga lagi model NEV tambahan untuk pasaran China.

Nissan juga menyatakan, NEV mereka bukan sahaja menyasarkan pengguna tempatan, tetapi juga eksport ke pasaran ASEAN, Amerika Latin dan Timur Tengah.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • DJI Lito 1, Lito X1 Kini Tersedia Di Malaysia - Harga Bermula RM1,189
  • MGS5 EV (CKD) Rasmi, Prestasi Dipertingkat Dengan Harga Bermula RM116,900

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY