Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

MGS5 EV (CKD) Rasmi, Prestasi Dipertingkat Dengan Harga Bermula RM116,900

Posted on April 24, 2026April 24, 2026

MG Motor Malaysia secara rasmi melancarkan model MGS5 EV yang dipasang secara tempatan (CKD) di Malaysia, menandakan fasa baharu usaha lokalisasi jenama tersebut.

Langkah strategik ini menyusuli pengeluaran pertama model CKD mereka di fasiliti PEPS-JV, Melaka, pada awal Mac lalu, sekali gus mengukuhkan komitmen jangka panjang syarikat terhadap pasaran automotif negara dan rantau ini.

Dibina berasaskan platform elektrik pacuan roda belakang khusus MG, model pemasangan tempatan ini menawarkan peningkatan kuasa yang lebih ketara berbanding versi import (CBU) sebelum ini.

Dengan kuasa output mencapai 151kW serta tork 350Nm, MGS5 EV memberikan pecutan yang lebih mantap dan respons pemanduan yang lebih dinamik.

Selain itu, sistem pengecasan DC ultra pantas sehingga 150kW membolehkan bateri dicas dari 10 peratus ke 80 peratus dalam tempoh kira-kira 26 minit, manakala jarak pemanduan sejauh 446km (WLTP) memberikan fleksibiliti untuk perjalanan harian mahupun jarak jauh.

Bagi varian LUX Long Range, tahap keselesaan ditingkatkan dengan ciri-ciri premium termasuk tempat duduk kulit tiruan, fungsi pengudaraan bagi tempat duduk hadapan, tempat duduk penumpang hadapan boleh laras kuasa, serta pintu but belakang kuasa tanpa sentuhan.

Aspek keselamatan pula menjadi keutamaan dengan kehadiran tujuh beg udara serta sistem bantuan pemandu canggih ADAS 2.5 yang merangkumi fungsi Traffic Jam Assist dan Intelligent Cruise Control.

Model ini turut mengekalkan piawaian keselamatan global dengan penarafan lima bintang daripada Euro NCAP serta ASEAN NCAP.

Bagi memberikan ketenangan minda kepada pemilik, MGS5 EV didatangkan dengan jaminan pek bateri selama lapan tahun atau 180,000km, serta jaminan lapan tahun atau 160,000km bagi unit kawalan motor.

Model ini kini dibuka untuk tempahan rasmi dengan harga bermula daripada RM116,900. Sempena pelancaran ini, MG Motor Malaysia turut menawarkan pakej promosi pelancaran bernilai sehingga RM9,000 tertakluk kepada terma dan syarat.

Fasiliti pengeluaran di Pegoh, Melaka, yang dibangunkan dengan kerjasama EP Manufacturing Berhad, disasarkan mampu mengeluarkan antara 120 hingga 180 unit sebulan dengan sasaran jumlah pengeluaran tahunan mencecah 2,000 kenderaan pada tahun 2026.

Susulan pelancaran ini, MG Motor Malaysia akan menganjurkan acara uji pandu di semua bilik pameran MG di seluruh negara pada hujung minggu ini, dan maklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi mereka.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress