Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
honda nissan

Nissan Dan Honda Dilaporkan Mungkin Batal Penggabungan

Diterbitkan Februari 5, 2025 · Dikemas kini Februari 5, 2025 oleh ariff bukhari

Nampaknya hasrat untuk melihat penggabungan 2 gergasi automotif Jepun, Honda dan Nissan pada tahun ini bakal tidak menjadi kenyataan.

Ia selepas Nissan Motor sepertimana yang dilaporkan Nikkei Asia, akan menggantung rundingan penggabungan dengan Honda Motor.

Pembatalan itu dipercayai selepas kedua-dua pengeluar kereta Jepun itu tidak dapat mencapai kata sepakat mengenai terma perjanjian itu.

Nissan akan menarik balik memorandum persefahaman mengenai rundingan integrasi perniagaan, yang ditandatangani pada Disember 2024 lalu.

Keputusan itu dibuat kerana syarikat tidak dapat bersetuju dengan penilaian setiap pihak di bawah syarikat induk. Nissan juga menolak cadangan Honda untuk menjadikannya anak syarikat.

Sebelum ini telah dilaporkan bahawa penggabungan Nissan dan Honda, adalah  bagi menyaingi persaingan sengit daripada pengeluar kereta elektrik (EV) dari China.

Berkaitan

  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Hala Tuju Penggabungan Honda, Nissan Bakal Diketahui Februari Ini
  • Bumbung Kilang Continental Di PJ Kini Digantikan Dengan Panel Solar

Sumber: Nikkei Asia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
©2026 WISER.MY