Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
mainvisual Nintendo Switch 2_

Nintendo Switch 2 Kini Dibuka Untuk Prapesan – Harga Bermula RM2,488

Diterbitkan Jun 20, 2025 · Dikemas kini Jun 20, 2025 oleh Amalina Athman

Baru sahaja mengumumkan tarikh pelancaran untuk pasaran Malaysia, dan kini prapesan untuk Nintendo Switch 2 sudah pun dibuka.

Hadir dengan dua pilihan, Nintendo Switch 2 ditawarkan pada harga RM2,488, manakala pakej bersama Mario Kart World Bundle pula berharga RM2,688.

Nintendo Switch 2 Kini Dibuka Untuk Prapesan – Harga Bermula RM2,488

Dari segi spesifikasi, Nintendo Switch 2 dilengkapi skrin LCD bersaiz 7.9-inci dengan resolusi 1080p, sokongan sehingga 120fps serta storan dalaman 256GB. Konsol permainan ini dikuasakan cip khas NVIDIA yang menyokong teknologi DLSS dan Ray Tracing.

Nintendo Switch 2 didatangkan dengan konsol Switch 2, sepasang Joy-Con 2 dalam warna Light Blue dan Light Red, dock, Joy-Con 2 Grip, dua Joy-Con Strap, pengecas dan kabel pengecas USB-C, serta kabel HDMI berkelajuan tinggi.

harga nintendo switch 2 malaysia_2

Bagi set Mario Kart World, pengguna akan menerima semua item yang sama dengan tambahan permainan penuh Mario Kart World dalam edisi fizikal.

harga nintendo switch 2 malaysia_
harga nintendo switch 2 malaysia

Pra-pesan Nintendo Switch 2 kini boleh dibuat melalui Nintendo Official Store Malaysia di Shopee dan Lazada (dikendalikan pengedar rasmi Convergent Distribution), atau menerusi pengedar sah terpilih di seluruh negara.

Konsol ini akan mula dijual secara rasmi di Malaysia pada 3 Julai 2025.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Nintendo Switch 2 Rasmi, Akan Tersedia Di Pasaran Bermula 5 Jun 2025
  • Grafik Nintendo Switch 2 10 Kali Ganda Lebih Baik, Ada 'Ray Tracing' & DLSS
  • Nintendo Switch 2 Masuk Malaysia 3 Julai Depan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY