Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nintendo Switch 2-1

Grafik Nintendo Switch 2 10 Kali Ganda Lebih Baik, Ada ‘Ray Tracing’ & DLSS

Diterbitkan April 4, 2025 · Dikemas kini April 4, 2025 oleh Amsyar Latif

Nintendo Switch 2 yang dilancarkan baru-baru ini merupakan peningkatan besar daripada segi prestasi grafik, memberikan pengalaman permainan jauh lebih realistik kepada pemain di seluruh dunia.

Konsol ini dikuasakan cip pemproses khas NVIDIA, yang menampilkan GPU berprestasi tinggi dilengkapi RT Cores dan Tensor Cores.

Teknologi ini membawa permainan ke tahap visual lebih baik, termasuk sokongan resolusi sehingga 4K dalam mod TV dan kelancaran sehingga 120 fps dalam mod handheld pada resolusi 1080p.

Kehadiran RT Cores dalam cip grafik baharu ini membolehkan permainan menyokong ray tracing secara masa nyata, menghasilkan kesan pencahayaan, bayang-bayang, dan pantulan yang jauh lebih realistik.

Dengan adanya ray tracing, dunia permainan menjadi lebih hidup dan interaktif, memberikan pemain pengalaman visual yang lebih mendalam dan mengasyikkan.

Selain itu, Tensor Cores membawa teknologi kecerdasan buatan (AI) ke dalam pengalaman grafik permainan melalui fungsi seperti Deep Learning Super Sampling (DLSS).

Ini membolehkan visual permainan ditingkatkan kepada resolusi lebih tinggi tanpa menjejaskan prestasi atau kualiti imej, menjadikan grafik lebih jelas, tajam, dan responsif.

Tensor Cores juga menyokong fungsi seperti penjejakan wajah dan penyingkiran latar belakang secara pintar dalam sesi perbualan video atau strim permainan, seterusnya meningkatkan aspek sosial dan interaksi pemain.

Prestasi grafik Nintendo Switch 2 dikatakan mencapai sehingga 10 kali lebih baik daripada generasi sebelumnya, membawa peralihan yang ketara dari segi kelancaran permainan dan kualiti visual yang dinikmati pemain.

Teknologi NVIDIA G-SYNC turut diperkenalkan dalam mod handheld, memastikan permainan sentiasa lancar tanpa sebarang gangguan visual.

Bagi peminat tempatan, Nintendo Switch 2 akan tersedia di Malaysia sekitar Julai-September ini.

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • Nintendo Switch 2 Rasmi, Akan Tersedia Di Pasaran Bermula 5 Jun 2025
  • Nintendo Tunjuk Cara Sebenar Banteras 'Scalper'

Sumber: nvidia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY