Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
wang chuanfu ceo byd bloomberg

NEV Buatan China 3 Hingga 5 Tahun Lebih Maju Dari Negara Lain – Pengerusi BYD 

Diterbitkan Februari 28, 2025 oleh ariff bukhari

Pengerusi dan presiden BYD, Wang Chuanfu, menyatakan bahawa kenderaan tenaga baharu (NEV) buatan China berada 3 hingga 5 tahun lebih maju berbanding buatan NEV dari negara lain dalam aspek produk, teknologi, dan rantaian industri.

Sehubungan itu, beliau menyeru keterbukaan global untuk membolehkan lebih ramai orang merasai kelebihan NEV China dan berkembang bersama.

Menurut Wang, aset terbesar BYD ialah pasukan kejuruteraannya yang terdiri daripada 110,000 jurutera yang memacu inovasi dan pembangunan hijau.

BYD, yang diasaskan pada 1995 dengan hanya 20 pekerja, kini mempunyai lebih daripada 900,000 tenaga kerja dan telah berkembang menjadi pengeluar NEV terbesar di dunia.

Bermula dalam industri bateri, BYD memasuki sektor automotif pada 2003 dan menghentikan pengeluaran kenderaan enjin pembakaran dalaman pada 2022 untuk memberi tumpuan penuh kepada kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV) dan kenderaan elektrik bateri (BEV).

BYD mencapai pengeluaran NEV ke-1 juta pada Mei 2021 dan yang ke-10 juta pada November 2024.

Malah BYD kini merupakan syarikat automotif ke-3 terbesar di dunia berdasarkan data penguasaan pasaran global tahun 2024 dari Statista.

Global automobile market share in 2024,
Bahagian pasaran automobil global pada 2024, mengikut jenama.

Berkaitan

  • BYD Lancar Kapal Pengangkut Kereta Terbesar Di Dunia, Boleh Bawa 9,200 EV
  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya
  • Mentol Lampu Di Balai Bomba Ini Masih Menyala Walau Sudah Berusia Lebih Dari 100 Tahun

Sumber: CnEVPost

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Gemini Di Android Auto Mula Terima Ciri 'Personal Intelligence'
  • ChatGPT Kini Boleh Kunci Sembang Dengan PIN, Face ID Atau Touch ID
  • Kerajaan Galak Guna Aplikasi Navigasi TuJu Sebagai Alternatif Waze
  • 3 Dongle Audio Bawah RM60
  • Permohonan Gantian MyKad Kini Boleh Dibuat Melalui Aplikasi MyGOV
  • ECRL Tawar Diskaun 30% Tiket Ekonomi Selama Sebulan - Operasi Dijangka Bermula 12 Disember
  • Empat Ejen AI Gemini Berjaya Tamatkan Minecraft Selepas Mati 605 Kali
  • Awas, Malware LongKong Aktif Sasar Pengguna Android Malaysia, Mampu Curi Maklumat Perbankan
©2026 WISER.MY