Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
lightbulb 100 tahun

Mentol Lampu Di Balai Bomba Ini Masih Menyala Walau Sudah Berusia Lebih Dari 100 Tahun

Diterbitkan Februari 28, 2025 · Dikemas kini Februari 28, 2025 oleh ariff bukhari

Mentol Livermore Centennial di Balai Bomba #6, California, telah menyala selama lebih 100 tahun sejak dipasang pada tahun 1901, sekali gus diiktiraf sebagai mentol paling lama berfungsi di dunia oleh Rekod Dunia Guinness.

Mentol ini hanya menggunakan 4 watt tenaga dan terus menyala kerana jarang dimatikan, mengelakkan tekanan suhu yang boleh merosakkannya.

Dibuat oleh Shelby Electric Company pada akhir 1890-an dan direka oleh saintis Perancis Adolphe Chaillet, ia asalnya adalah mentol karbon-filamen 60 watt.

Ia menjadi terkenal pada tahun 1970-an selepas wartawan menyedari usianya yang luar biasa lamanya.

Sepanjang sejarahnya, mentol ini pernah dipindahkan antara balai bomba dan menerima kawalan ketat, termasuk bekalan kuasa tanpa gangguan.

Komuniti Livermore amat menghargai warisan ini di mana mereka telah mengadakan sambutan ulang tahun ke-100 pada tahun 2001 dahulu dan meraikan pencapaian 1juta jam penyalaan pada tahun 2011.

Walaupun hanya memberikan cahaya samar, mentol ini menjadi simbol ketahanan dan bagi balai bomba di Livermore itu sentiasa menarik minat pelawat yang ingin menyaksikan keajaiban mentol lampu ini.

Tiada siapa yang tahu sama ada mentol LED moden boleh mengatasi mentol Shelby ini.

Tetapi secara, purata lampu LED kini dikatakan mampu bertahan sehingga 50,000 jam, iaitu hampir enam tahun.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Penyelidik UK: EV Boleh Mencemarkan Udara Melalui Pad Brek Dan Tayar
  • Kad SD vs MicroSD? Ini Perbezaannya

Sumber: ScienceAlert

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY