Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Netflix Secara Diam-Diam Hentikan Pelan Langganan ‘Basic’ Di Kanada

Netflix Secara Diam-Diam Hentikan Pelan Langganan ‘Basic’ Di Kanada

Diterbitkan Jun 28, 2023 · Dikemas kini Jun 28, 2023 oleh Amalina Athman

Netflix secara diam-diam telah menghentikan pelan langganan Basic di Kanada. Menurut Netflix, pelan Asas tidak lagi tersedia untuk pelanggan baharu atau mereka yang mengaktifkan semula langganan. Bagi langganan sedia ada, ianya boleh dikekalkan sehingga pengguna membatalkan akaun tersebut.

Berkaitan

  • Akhirnya Tiba, Netflix Umum Perkongsian Akaun Dengan Bayaran Tambahan RM13/Bulan
  • Kongsi Akaun Netflix: Ini Jawapan Pada Kekeliruan Tentang Peraturan Baru Netflix
  • Mendadak, Netflix AS Catat Peningkatan Pengguna Selepas Terhadkan Perkongsian Akaun
  • Unifi TV Tawar Akses Netflix Bermula 23 Jun

Dengan perubahan tersebut, pelan Asas beriklan telah dijenamakan semula sebagai Standard dengan iklan. Sama seperti pelan Standard, pelan beriklan Netflix menyokong sehingga dua peranti secara serentak serta kandungan 1080p, berbanding 720p.

Netflix Kanada_

Walaupun pelan Standard dengan iklan adalah lebih murah ($5.99 CAD atau sekitar ~RM21) berbanding pelan Asas tanpa iklan, namun pengguna mungkin perlu membayar lebih jika ingin melanggan penstriman Netflix tanpa iklan.

Di Malaysia, pengguna masih boleh menarik nafas lega kerana pelan dan harga langganan Netflix adalah tidak berubah. Selain itu, pelan langganan beriklan juga belum ditawarkan di negara ini.

Namun, perlu diketahui, Kanada antara negara pertama yang menerima sekatan perkongsian kata laluan Netflix dan dasar itu kini dikuatkuasakan secara global, termasuk Malaysia. Terdapat kemungkinan Netflix menggunakan Kanada sebagai tapak ujian, dan negara lain akan kehilangan akses kepada pelan Asas tidak lama lagi.

Sumber: Netflix Kanada

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY