Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Netflix Perincikan Cara Untuk Halang Perkongsian Kata Laluan

Mendadak, Netflix AS Catat Peningkatan Pengguna Selepas Terhadkan Perkongsian Akaun

Diterbitkan Jun 12, 2023 · Dikemas kini Jun 12, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Di Malaysia, kita antara yang terkesan dengan polisi baru yang tidak membenarkan pengguna berkongsi akaun dengan ahli yang tidak tinggal serumah.

ahli tambahan Netflix

Apabila kami kongsikan berita ini pada pengikut di media sosial dan menjelaskan bagaimana ia dilaksanakan, boleh dikatakan 90% meluahkan rasa marah dan berkata mereka akan tamatkan langganan.

Kes Netflix tak bagi share ni, min bagi contoh macam ni la ya. Boleh faham ke?

Artikel penuh di – https://t.co/XdOCXSQbOJ pic.twitter.com/l7NjOx4ciU

— Wiser.my (@officialwisermy) May 28, 2023

Lain pula ceritanya di Amerika Syarikat.

Selama tempoh 4 tahun Antenna mula merekod data Netflix di Amerika Syarikat, mereka dapati Netflix menerima angka pendaftaran tertinggi untuk 4 hari, selepas pengumuman sama di negara itu.

netflix as kongsi password

Polisi yang tidak benarkan perkongsian akaun dengan ahli bukan serumah sama diumumkan di Malaysia dan Amerika Syarikat pada 24 Mei 2023 (waktu Malaysia).

Pada 26 dan 27 Mei 2023, Netflix AS menerima hampir 100,000 pendaftaran. Secara purata, ia mencapai 73 ribu pendaftaran selepas pengumuman peraturan baru itu.

ahli tambahan Netflix

Ini bermakna peningkatan sebanyak 102% dalam tempoh 60 hari sebelum itu. Lebih mengejutkan lagi, angka ini jauh lebih tinggi daripada semasa COVID-19 dulu yang juga menyaksikan peningkatan mendadak.

Ya, ramai juga yang henti melanggan akan tetapi jumlah pendaftaran nampaknya lebih tinggi daripada pembatalan.

Berkaitan

  • Kongsi Kata Laluan Berbayar Netflix Berjaya, Catat Peningkatan Pelanggan
  • Akhirnya Tiba, Netflix Umum Perkongsian Akaun Dengan Bayaran Tambahan RM13/Bulan
  • Ini Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Ahli Tambahan Netflix
  • Kongsi Akaun Netflix: Ini Jawapan Pada Kekeliruan Tentang Peraturan Baru Netflix

Perkara ini sebenarnya tidak mengejutkan kerana di beberapa negara sebelum ini pun melihatkan peningkatan pengguna selepas polisi sama dikuatkuasakan.

Bagaimana di Malaysia?

Apakah kita akan melihat trend yang sama di Malaysia? Saya sendiri tidak berani untuk mengagak kerana reaksi daripada pengguna adalah negatif.

Dalam Ngeteh, kami telah membincangkan perkara ini.

Di Malaysia, kita tidak ada banyak platform penstriman, jadi boleh dikatakan Netflix masih merajai carta. Yang paling hampir pun, Disney+ Hotstar dan kandungannya terlalu sedikit.

ahli tambahan Netflix

Apakah Viu, HBO Go, Prime Video sudah bersedia untuk tumbangkan Netflix di Malaysia?

Sumber: Antenna

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY