Kongsi Akaun Netflix: Ini Jawapan Pada Kekeliruan Tentang Peraturan Baru Netflix

Netflix Malaysia sudah mengumumkan sebuah peraturan yang mana pengguna yang mahu kongsi akaun dengan pengguna yang tidak tinggal sebumbung perlu membayar slot ekstra, RM13 seorang.

Apa itu isi rumah? Apa itu ahli tambahan? soalan-soalan asas lain sudah kami kongsikan jawapannya di SINI. Saya harap anda baca artikel itu terlebih dulu sebelum terus dengan jawapan di bawah.

{suggest}

Apa maksud peraturan baru ni? Kami dah tak boleh kongsi akaun Netflix?


Saya beri contoh.

  1. Ali langgan pelan Premium RM55 dan kongsikan dengan 4 rakannya yang tidak tinggal serumah. Jadi, keseluruhannya 5 orang dengan 5 profil (dalam 1 akaun).

  2. Tapi, sekarang Netflix dah tetapkan semua orang dan peranti yang mahu guna akaun itu, wajib duduk serumah. Kalau tidak, tak boleh strim Netfix.

  3. Ali pula sudah sambungkannya TV dengan Wi-Fi di rumahnya. Di sini, Netflix sudah tetapkan itulah isi rumah Ali.

  4. Jadi, 4 rakannya tadi tidak lagi boleh strim Netflix kerana Netflix sudah tahu mereka tidak tinggal dengan Ali.

  5. Tapi, Netflix bagi solusi. Kalau nak bagi rakan-rakannya strim dengan bebas di luar rumah Ali, dia perlu beli slot ahli tambahan yang berharga RM13 setiap slot.

  6. Dengan slot ini, kawan Ali bebas strim Netflix di mana-mana saja, tak perlu ke rumah Ali.

  7. Masalahnya, slot ahli tambahan RM13 ini hanya terhad pada 2 slot untuk akaun Premium.

  8. Jadi, Ali hanya boleh tarik 2 kawan masuk slot ini manakala 2 lagi rakan Ali terpaksa undur diri.

  9. Setiap bulan, Ali kena bayar RM55 + RM13 + RM13 = RM81.


Itulah secara ringkasnya.

Bila ia mula dikuat kuasa? Kami yang kongsi akaun serata Malaysia masih boleh tonton Netflix tanpa halangan.


Ia sudah mula dikuat kuasa minggu lepas dan kalau anda masih bebas strim, mungkin Netflix belum tetapkan isi rumah anda kerana tidak lengkap TV + Wi-Fi.

Macam mana Netflix tahu kami duduk serumah atau tak?


Isi rumah atau household ditentukan dengan 2 perkara iaitu TV dan rangkaian internet anda (Wi-Fi contohnya).

TV anda akan menjadi 'ibu' atau pusat pada akaun Netflix anda kerana semua peranti yang guna Wi-Fi yang sama dengan TV anda, ia akan dikira satu rumah.

isi rumah netflix malaysia 3

Contohnya, TV anda gunakan Wi-Fi "Hazim_5GHz", maka semua telefon, tablet yang guna Wi-Fi tersebut akan dikira sebagai orang yang tinggal bersama anda.

kongsi akaun netflix rm13 1

Habis tu, kalau saya guna Wi-Fi tempat lain, tak boleh tengok Netflix?


Eh, tak. Anda masih boleh tonton Netflix walaupun menggunakan Wi-Fi tempat lain seperti Wi-Fi pejabat, hotel, kedai makan. Bahkan, guna data pun boleh.

share akaun netflic

Tapi, Netflix tetapkan yang anda harus kekal tersambung dengan Wi-Fi rumah setiap 30 hari.

Jadi, kalau anda tidak tersambung pada Wi-Fi sama melebihi 30 hari berturut-turut, barulah peranti tadi disekat.

Tapi, kalau anda masih berada dalam tempoh 30 hari, tiada sebarang masalah untuk guna Netflix di luar rumah.

kongsi akaun netflix rm13

Maksudnya saya masih boleh tonton Netflix di luar rumah?


Betul, anda masih boleh tonton Netflix luar rumah.

Syaratnya, peranti tersebut wajib tersambung pada Wi-Fi rumah anda setiap 30 hari.

Anda boleh tonton di pejabat, di kampung, ketika bercuti dan mana-mana selagi dalam tempoh 30 hari tersebut.

kongsi akaun netflix rm13

Saya guna data je, rumah tak ada Wi-Fi, TV pun tak guna, macam mana?


Anda masih boleh gunakan Netflix seperti biasa.

Berdasarkan jawapan ejen mereka, Netflix tidak akan tetapkan isi rumah anda jika semua pengguna yang akses akaun tersebut tidak log masuk Netflix di TV.

share akaun netflix luar rumah

share akaun netflix luar rumah

Jadi, jika semua anda hanya strim pada laptop, telefon dan tablet saja, maka anda sebenarnya masih boleh kongsi akaun seperti sebelum ini.

isi rumah netflix malaysia 3

Ini salah satu loophole yang bawa berita gembira untuk anda. Maka, pastikan semua ahli yang kongsi akaun tidak log masuk akaun tersebut pada mana-mana TV.

share akaun netflix rm13

Saya guna Wi-Fi, tapi tak log masuk Netflix di TV.


Kes begini pun, anda masih selamat. Anda masih boleh kongsi akaun.

Hal ini kerana isi rumah perlu ditetapkan melalui TV, bukan Wi-Fi semata-mata.

Saya guna Android Box. Dia kira sebagai TV juga ke?


Ya, menurut dua ejen pusat bantuan Netflix.

share akaun netflix

Untuk senarai Android Box yang mempunyai Netflix dan ada pengesahan Google, pergi ke artikel INI.

Rumah saya ada 2 Wi-Fi. Macam mana?


Anda harus pilih salah satu Wi-Fi. Sambungkan TV anda pada Wi-Fi yang anda mahu pilih.

Saya tuan akaun, tak guna TV. Tapi ada ahli yang kongsi akaun lain guna TV. Macam mana?


Memandangkan isi rumah ditetapkan dengan TV, maka TV tersebut kelak akan paparkan pop-up meminta ahli untuk sahkan TV tersebut sebagai isi rumah. Jika anda 'skip' pun, kelak Netflix akan tetapkan secara automatik.

isi rumah netflix malaysia 3

Jadi, anda dan ahli lain bebas strim Netflix selagi mana TV tersebut belum ditetapkan Netflix. Tapi bila sudah ditetapkan secara automatik, hanya ahli yang guna TV + Wi-Fi tersebut saja dapat strim Netflix, walaupun akaun Netflix di atas nama anda.

Jadi, saya dah tak boleh kongsi akaun Netflix dengan keluarga yang tinggal berjauhan?


Ya, itulah tujuan Netflix.

Tapi, masing-masing boleh pulang ke kampung/lokasi yang guna TV dan Wi-Fi yang sama setiap 30 hari untuk Netflix sahkan anda semua masih "serumah".

Kalau anda tidak pautkan akaun Netflix dengan TV, semua pengguna hanya guna Netflix di komputer, laptop, tablet atau telefon, maka tak anda perlu risau kerana Netflix tidak tetapkan isi rumah. Jadi, semua ahli boleh akses Netflix dari mana-mana.

Apa jadi dengan profil-profil tersebut? Semua pengguna memang tidak tinggal serumah.


Jika sudah ditetapkan isi rumah akaun Netflix anda, maka semua peranti, tak kisah mana-mana profil, yang didapati di tidak berada dalam isi rumah sama (TV + Wi-Fi) akan disekat daripada menonton Netflix.

Profil itu akan terus wujud tapi peranti akan disekat menstrim kandungan Netflix, sehinggalah peranti itu tersambung pada TV + Wi-Fi yang telah ditetapkan sebagai isi rumah.

RM13 tu untuk apa pula?


Ia adalah untuk seorang ahli tambahan (extra member) yang tidak tinggal serumah dengan anda.

ahli tambahan Netflix

Dia boleh menstrim Netflix di mana-mana tanpa tertakluk pada peraturan TV+Wi-Fi sama setiap 30 hari.

Senang kata, dia bebas strim dari mana-mana tapi terhad strim dari 1 peranti saja satu masa.

share akaun netflix rm13

Adakah semua ahli kena bayar RM13 atau RM13 untuk semua sekali?


Anda harus faham yang RM13 tadi ialah untuk sebuah slot ahli tambahan di bawah akaun yang sama, bukan untuk profil yang anda sedang gunakan sekarang.

ahli tambahan Netflix

Ia langsung tidak ada kena mengena dengan 5 profil. Profil yang anda guna sekarang, masih wajib ditonton serumah dan tidak ada kaitan dengan RM13 ini.

Dengan RM13 untuk seorang ahli tambahan, dia akan mendapat sebuah akaun sendiri dengan password sendiri tetapi masih berada di bawah akaun utama untuk pembayaran bil.

share akaun netflix rm13

Habis tu macam mana saya nak kongsi akaun sekarang?


Anda terpaksa beli slot ahli tambahan pada harga RM13/ahli.

  • Standard - 1 slot

  • Premium - 2 slot


Pelan-pelan lain tidak tersedia slot ahli tambahan.

ahli tambahan Netflix

Dengan slot ini, pengguna tersebut akan mempunyai akaun sendiri, 1 profil, ada password dan boleh strim Netflix pada 1 peranti dalam 1 masa.

Akaun RM13 tidak ada kaitan dengan profil yang anda guna di akaun utama.

Jadi, jika anda salah seorang kongsi akaun dan guna profil berbeza, ketahuilah RM13 ini tidak berkait dengan profil itu. Profil itu masih tidak boleh akses Netflix luar rumah.

share akaun netflix rm13

Saya dah ambil slot ahli tambahan RM13 tu. Boleh tak nak pindahkan history daripada profil lama?


Boleh, melalui ciri Profile Transfer. Masuk saja dalam tetapan Netflix pada peranti anda.

Account > Profile & Parental Controls > pilih akaun anda > Transfer This Profile.

Macam mana tetapkan TV saya sebagai salah satu isi rumah? Saya memang tak mahu kongsi akaun.


Anda perlu buka Netflix pada TV dan masuk dalam tetapan Netflix.

Get Help > Manage Netflix Household >  Confirm Netflix Household. 

Saya log masuk akaun Netflix pada 2 buah TV. Macam mana?


Ketika anda tonton Netflix di TV nanti, akan terkeluar pop-up meminta anda untuk tetapkan TV tersebut sebagai isi rumah anda.

Jadi, apabila ia keluar pada TV pilihan anda, boleh pilih untuk tetapkannya. Kalau bukan TV pilihan anda, boleh pilih "Not Now".

Kalau anda tak tetapkannya, Netflix sendiri akan pilih.

Tapi, jangan risau sebab anda boleh ubah/kemas kininya. Misalnya, apabila anda mahu bertukar TV baharu. Caranya boleh didapati di SINI.

Sumber: Netflix [1, 2, 3, 4]