Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Netflix AI Discover_3

Netflix Perkenal Tab Baharu ‘AI Discover’

Diterbitkan November 4, 2026 · Dikemas kini November 4, 2026 oleh Amalina Athman

Netflix memperkenalkan AI Discover, tab baharu dalam aplikasi Netflix pada TV yang menawarkan cara berbeza bagi membantu pengguna mencari rancangan atau filem menarik untuk ditonton.

Menerusi tab ini, pengguna boleh memilih daripada pelbagai tema yang disediakan, dengan setiap tema disertakan klip pratonton daripada rancangan atau filem berkaitan.

Tema tersebut merangkumi pilihan berdasarkan jenis tontonan yang diinginkan, seperti kandungan ringan atau filem seram, situasi menonton seperti malam filem bersama keluarga, serta tempoh masa yang tersedia seperti tontonan ringkas. Netflix turut menyediakan tema yang mengetengahkan kandungan baharu, popular atau yang pernah ditonton pengguna sejak kebelakangan ini.

Selepas memilih sesuatu tema, Netflix akan memaparkan cadangan tontonan yang sepadan. Pengguna juga boleh meneroka tema yang lebih khusus untuk memperincikan pilihan mereka atau memilih “Something Different” bagi mendapatkan kumpulan cadangan baharu.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/11/04095202/AIDiscover-ProductDemo-1440x810-1.mp4

 

Selain itu, Netflix menyediakan butang “Tune Your Recommendations” pada setiap tajuk, bersebelahan butang “Play” dan “My List”. Menerusi fungsi ini, pengguna boleh menyatakan sama ada mereka mahu terus melihat sesuatu cadangan atau tidak mahu tajuk berkenaan dicadangkan lagi.

AI Discover dikuasakan oleh lapisan kecerdasan baharu yang sedang dibangunkan Netflix. Sistem ini bertindak balas terhadap maklum balas pengguna secara masa nyata dan terus mempelajari pilihan mereka bagi menambah baik cadangan yang dipaparkan.

Netflix AI Discover_1

Buat masa ini, AI Discover akan mula diperkenalkan kepada pengguna di Amerika Syarikat yang menggunakan Netflix dalam bahasa Inggeris melalui TV yang disokong. Akses kepada ciri ini akan diperluas secara berperingkat kepada lebih ramai pengguna dalam beberapa minggu akan datang.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Cara Tonton Netflix Di PC Pada Kualiti Ultra HD (4K) Di Pelayar Chrome, Edge Atau Safari
  • Langganan Netflix Di Malaysia Naik Harga - Kini Bermula RM19.90 Untuk Pelan Mudah Alih
  • Tonton Netflix Dan YouTube Di UK Mungkin Perlu Bayar Lesen TV £180 Setahun

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Chatbot AI Google Mungkin Langgar Peraturan Hak Cipta Akhbar: Penasihat undang-undang EU
  • Senarai Telefon Xiaomi, REDMI Dan POCO Yang Terima HyperOS 4, Mula Diedarkan Hari Ini
  • Binance Dedah Tawaran Temu Duga Kerja Palsu Antara Helah Penggodam Dalam Kecurian Aset Kripto AS$6.34 Bilion
  • 'Pre-Load' GTA 6 Bermula 10 November - Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB
  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
©2026 WISER.MY