Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Netflix featured image_01

Langganan Netflix Di Malaysia Naik Harga – Kini Bermula RM19.90 Untuk Pelan Mudah Alih

Diterbitkan September 13, 2026 ยท Dikemas kini September 13, 2026 oleh Amalina Athman

Netflix kini menaikkan harga langganan perkhidmatan penstrimannya di Malaysia, dengan pelarasan melibatkan semua pelan yang ditawarkan.

Berdasarkan kemas kini harga terbaharu Netflix, pelan Mudah Alih (Mobile) kini berharga RM19.90 sebulan, manakala pelan Asas (Basic) ditawarkan pada RM33.90 sebulan. Pelan Standard pula berharga RM55.90/bulan dan RM69.90 sebulan untuk Premium.

Sebelum kenaikan terkini, keempat-empat pelan tersebut masing-masing berharga RM18.90, RM29.90, RM49.90 dan RM62.90 sebulan, selepas pelarasan terakhir pada November 2024.

harga terkini Netflix September 2026_2
Harga terkini
harga baru netflix november 2024
Harga lama

Selain harga langganan, slot Extra Member turut mengalami kenaikan daripada RM13 kepada RM14.90/bulan bagi setiap slot. Pelanggan pelan Standard boleh menambah satu slot Extra Member, manakala pelanggan Premium boleh menambah sehingga dua slot.

Untuk ciri pelan pula, Netflix masih mengekalkan sokongan resolusi dan jumlah peranti seperti sebelum ini. Pelan Mobile menyokong resolusi 480p dan hanya boleh digunakan pada telefon serta tablet, manakala Basic hadir dengan resolusi 720p (HD) dan menyokong tontonan pada satu peranti.

Standard pula menyokong resolusi 1080p (FHD) dengan tontonan pada sehingga dua peranti secara serentak. Pelan Premium menawarkan resolusi sehingga 4K (Ultra HD) bersama HDR, spatial audio serta sokongan tontonan pada sehingga empat peranti serentak.

Berkaitan

  • Aplikasi Mudah Alih Netflix Tampil Wajah Baharu, Kini Ada Ciri 'Clips'
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Netflix Diramal Capai 400 Juta Pelanggan Menjelang 2031
  • Cara Tonton Netflix Di PC Pada Kualiti Ultra HD (4K) Di Pelayar Chrome, Edge Atau Safari

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY