Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tonton Netflix Dan YouTube Di UK Mungkin Perlu Bayar Lesen TV £180 Setahun

Tonton Netflix Dan YouTube Di UK Mungkin Perlu Bayar Lesen TV £180 Setahun

Diterbitkan Oktober 21, 2026 oleh Amsyar Latif

Kerajaan United Kingdom (UK) sedang mempertimbangkan untuk mewajibkan lesen TV kepada pengguna perkhidmatan penstriman seperti Netflix, YouTube dan Disney+, termasuk mereka yang hanya menonton kandungan atas permintaan.

Jika dilaksanakan, isi rumah yang menggunakan perkhidmatan tersebut mungkin perlu membayar lesen TV berharga £180 (sekitar RM982) setahun, selain bayaran langganan platform masing-masing.

Menurut laporan The Independent, cadangan yang turut digelar sebagai YouTube tax itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan UK mengkaji semula kaedah pembiayaan penyiar awam British Broadcasting Corporation (BBC).

Kenapa Pengguna Netflix Dan YouTube Perlu Lesen TV?

Di bawah peraturan semasa, penduduk UK diwajibkan mempunyai lesen TV sekiranya menonton siaran televisyen secara langsung, termasuk melalui perkhidmatan penstriman, atau menggunakan BBC iPlayer.

Bagaimanapun, pengguna yang hanya menonton filem dan siri Netflix secara atas permintaan atau video YouTube biasa tidak memerlukan lesen tersebut.

Kerajaan kini sedang mempertimbangkan peluasan peraturan itu bagi mengambil kira perubahan tabiat pengguna yang semakin beralih daripada televisyen tradisional kepada platform digital.

Menurut laporan Parlimen UK, jumlah isi rumah yang membayar lesen TV semakin berkurangan, sekali gus memberi tekanan kepada model pembiayaan BBC.

Masih Dalam Peringkat Pertimbangan

Cadangan tersebut dibincangkan semula di Parlimen UK pada 19 Oktober 2026, dengan kerajaan mengesahkan bahawa pelbagai pilihan pembaharuan lesen TV masih sedang dinilai.

Antara perkara yang dipertimbangkan termasuk kesan kepada perbelanjaan isi rumah, pilihan pengguna serta industri kreatif.

Kerajaan dijangka menerbitkan dokumen dasar yang memperincikan hala tuju pembiayaan BBC menjelang akhir 2026, sebelum piagam semasanya tamat pada Disember 2027.

Bagaimanapun, belum ada keputusan muktamad untuk mewajibkan lesen TV bagi tontonan Netflix, YouTube atau perkhidmatan penstriman atas permintaan.

Bayaran £180 itu juga merupakan kadar lesen tahunan bagi sesebuah isi rumah, bukannya caj berasingan untuk setiap aplikasi penstriman.

Berkaitan

  • YouTube Kini Boleh Kunci Akaun Pada TV Dengan Kod 4 Digit
  • Pusat Data Google Cloud Terputus Bekalan Tenaga, Urusan Bank Di UK Terjejas

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Larang Penjawat Awam Guna Aplikasi Navigasi Waze - Berkuat Kuasa Serta-Merta
  • Kapal Angkasa Jepun Dalam Perjalanan Ke Bulan Planet Marikh, Dijangka Tiba Ogos 2027
  • Xbox Generasi Baharu Dilapor Mungkin Berharga Sehingga AS$1,800
  • Jualan Tiket Bas Ekspres Hanya Melalui Terminal Berlesen Mulai 1 November
  • Pusat Data Google Cloud Terputus Bekalan Tenaga, Urusan Bank Di UK Terjejas
  • DJI Osmo Pocket 4P Pearl White Kini Dijual Di Malaysia, Harga RM2,419
  • Antigravity Lancar Alat Kawalan Dan Aksesori Baharu Bagi Dron A1
©2026 WISER.MY