Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Netflix Secara Diam-Diam Hentikan Pelan Langganan ‘Basic’ Di Kanada

Netflix Perkenal ‘Moments’, Kongsi Adegan Kesukaan Bersama Rakan Lain

Diterbitkan Oktober 29, 2024 · Dikemas kini Oktober 29, 2024 oleh ariff bukhari

Netflix sedang melancarkan ciri baharu yang membolehkan anda menyimpan dan berkongsi adegan kegemaran anda.

Ciri baharu ini yang dipanggil ‘Moments‘, membolehkan anda “menyimpan, dan berkongsi adegan Netflix kegemaran anda dengan mudah.”

Menerusi telefon mereka, penonton Netflix boleh memilih “Moments” dalam menu timbul, selepas itu ia boleh dilihat bersama-sama dengan tanda masa pada tab My Netflix.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2024/10/29165409/Moments_Blog_GIF_V1-2.mp4

Ciri baharu ini seakan ciri Create Clip yang ada pada YouTube.

Menurut Netflix, anda boleh melawat semula Moments anda pada bila-bila masa pada telefon anda, dan ia boleh berfungsi sebagai sesuatu seperti penanda halaman yang membolehkan anda mengambil terus dari tempat kejadian dalam rancangan kegemaran anda.

Moments ini juga boleh dikongsi di Instagram, WhatsApp, SnapChat, dan Messenger. Tidak jelas sama ada ciri itu boleh diakses pada televisyen standard atau pelayar. Netflix berkata ia merancang untuk mengembangkan ciri itu pada masa hadapan.

Ciri baharu Moments ini sedang dilepaskan secara berpringkat kepada semua pelanggan Netflix untuk aplikasi mudah alihnya.

Jadi, pastikan anda mengemas kini aplikasi Netflix di telefon pintar anda nanti.

Berkaitan

  • Netflix Dilapor Akan Tamatkan Sokongan Aplikasi Untuk iOS 16
  • Secara Purata, Pengguna Netflix Habiskan Masa Sekitar 2 jam Setiap Hari
  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari

Sumber: Netflix

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY