Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Netflix_featured image

Secara Purata, Pengguna Netflix Habiskan Masa Sekitar 2 jam Setiap Hari

Diterbitkan Oktober 18, 2024 · Dikemas kini Oktober 18, 2024 oleh Amalina Athman

Netflix berkata pelanggan secara purata menghabiskan masa sekitar dua jam setiap hari di platform itu, walaupun terdapat kesan perkongsian berbayar.

Berdasarkan laporan kewangan suku ketiga, platform penstriman itu menghasilkan $9.83 bilion dan pendapatan operasi $2.91 bilion. Ia juga menerima kira-kira 5 juta langganan baharu, dengan jumlah 282.7 juta di seluruh dunia.

Kira-kira separuh daripada pelanggan yang mendaftar Netflix pada suku ketiga 2024 memilih pelan yang disokong iklan.

Netflix berkata pada masa ini ia hanya membentuk kurang daripada 10% daripada jumlah penggunaan TV di negara terbesarnya. Walau bagaimanapun, ia percaya “ada peluang besar untuk mengembangkan bahagian itu” dengan secara konsisten mengeluarkan lebih banyak rancangan TV dan filem berkualiti.

Dalam pada itu, CEO bersama Netflix Greg Peters mengesahkan bahawa platform itu merancang untuk melancarkan reka bentuk baharu yang mula diuji pada musim panas.

Di sisi yang lain, Netflix kini menamatkan sokongan aplikasi untuk iOS 16.

Berkaitan

  • TM Lancar Unifi UniVerse, Dapat Langgan Netflix Percuma Setahun
  • Netflix Mula Hentikan Pelan Asas Tanpa Iklan Secara Berperingkat Di Pasaran Terpilih
  • Stok Terhad: Barang Elektronik Murah di Shopee – Jangan Lepaskan Peluang!
  • Netflix Sah Tamatkan Sokongan Aplikasi Untuk iOS 16

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY