Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Netflix Mula Hentikan Pelan Asas Tanpa Iklan Secara Berperingkat Di Pasaran Terpilih

Netflix Umum Harga Langganan Naik Di 4 Negara, Sasar Keuntungan Lebih Tinggi Tahun Ini

Diterbitkan Januari 22, 2025 · Dikemas kini Januari 22, 2025 oleh ariff bukhari

Netflix hari ini mengumumkan bahawa mereka menaikkan lagi harga langganan di 4 buah negara iaitu Amerika Syarikat, Kanada, Argentina dan Portugal.

“Ketika kami terus melabur dalam kandungan program dan memberikan lebih banyak nilai kepada ahli kami, kami kadangkala akan meminta ahli kami untuk membayar sedikit lebih banyak supaya kami dapat melabur semula untuk terus memperbaiki Netflix. Sehubungan itu, kami sedang menyesuaikan harga hari ini untuk kebanyakan pelan di AS, Kanada, Portugal, dan Argentina.”

Peningkatan harga langganan itu melibatkan 3 pelan utamanya yang ditawarkan di negara tersebut iaitu:

  • Standard dengan iklan: naik dari $6.99 per bulan kepada $7.99
  • Standard tanpa iklan: naik dari $15.49 per bulan kepada $17.99
  • Premium: naik dari $22.99 per bulan kepada $24.99.

Pengumuman itu dibuat selepas syarikat platform penstriman itu mencatatkan peningkatan sejumlah 19 juta pelanggan pada suku akhir 2024, menjadikan jumlah pelanggan globalnya kepada 302 juta.

Netflix turut melaporkan peningkatan hasil sebanyak 16% kepada lebih $10 bilion, dengan pendapatan operasi meningkat 52% kepada $2.3 bilion.

Syarikat itu juga mengumumkan pembelian balik saham bernilai $15 bilion, menyebabkan sahamnya naik 13%.

Netflix dalam laporan Pendapatan Suku Keempat 2024 nya menyasarkan pendapatan tahun 2025 sebanyak $43.5-$44.5 bilion, iaitu $0.5 bilion lebih tinggi daripada julat ramalan  sebelum ini, berdasarkan kadar pertukaran mata wang pada 1 Januari 2025.

Berkaitan

  • Netflix Naikkan Harga Langganan Di Malaysia
  • Kenaikan Harga Langganan Netflix, Ini Pelanggan Unifi TV Perlu Tahu
  • TNG eWallet Perkenal SOS Balance, Ini Yang Perlu Anda Tahu

Sumber: Netflix, 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY