Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
netflix_featured image 3

Netflix Mahu Ketatkan Lagi Perkongsian Akaun Luar Isi Rumah

Diterbitkan Oktober 19, 2023 · Dikemas kini Oktober 19, 2023 oleh Amalina Athman

Netflix terus mencatatkan peningkatan langganan yang kukuh, walaupun setelah pelaksanaan had perkongsian akaun. Dalam laporan kewangan suku ketiga (Q3 2023), Netflix menerima 8.76 juta langganan baharu, dengan jumlah keseluruhan langganan sebanyak 247.15 juta.

Melangkah ke hadapan, Netflix mahu mengetatkan lagi pendekatan had perkongsian akaun sedia ada.

Berkaitan

  • Kongsi Akaun Netflix: Ini Jawapan Pada Kekeliruan Tentang Peraturan Baru Netflix
  • Netflix Sahkan Lagi Ramai Yang Daftar Berbanding Batalkan Langganan Selepas Polisi Baru
  • Netflix Sah Naikkan Harga Langganan Di 3 Negara

Ketika ini, masih terdapat beberapa loophole bagi pendekatan sedia ada, membolehkan pengguna luar isi rumah terus berkongsi akaun seperti sebelum ini. Sebagai contoh, Netflix tidak akan tetapkan isi rumah jika semua pengguna bagi sesuatu akaun tidak log masuk platform penstriman itu di TV.

Ia berikutan, Netflix menentukan isi rumah atau household melalui TV dan Wi-Fi yang digunakan untuk mengakses akaun. TV tersebut akan menjadi pusat pada akaun Netflix, yang mana semua peranti lain perlu menggunakan Wi-Fi yang sama dengan TV.

Perkongsian akaun mungkin lebih sukar

Namun, perkara itu mungkin akan diatasi tidak lama lagi. Netflix menyatakan pihaknya akan memperhalusi dan mengoptimumkan lagi pendekatan sedia ada.

Erti kata lain, perkongsian akaun luar isi rumah kelak mungkin lebih sukar, sekali gus memaksa lebih ramai pengguna luar isi rumah yang berkongsi akaun beralih kepada keahlian penuh atau ahli tambahan Netflix.

Terdahulu, Netflix turut mengumumkan kenaikan harga langganan di tiga buah negara.

Sumber: Netflix

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY