Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tanpa Caj Tambahan, Netflix Tawar Dua Ciri Baharu Untuk Langganan Pelan Premium

Netflix Sahkan Lagi Ramai Yang Daftar Berbanding Batalkan Langganan Selepas Polisi Baru

Diterbitkan Julai 20, 2023 · Dikemas kini Julai 20, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Bulan Mei lepas, pengguna di Malaysia menjadi antara ‘mangsa’ polisi baru Netflix yang mengehadkan hanya pengguna yang tinggal serumah boleh berkongsi akaun.

Ramai pengguna seluruh dunia meluahkan rasa kecewa dan ada juga yang menghentikan langganan termasuklah antara kami di Wiser.

Kalau anda keliru tentang polisi ini, boleh baca di SINI.

Berkaitan

  • Kongsi Kata Laluan Berbayar Netflix Berjaya, Catat Peningkatan Pelanggan
  • Akhirnya Tiba, Netflix Umum Perkongsian Akaun Dengan Bayaran Tambahan RM13/Bulan
  • Ini Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Ahli Tambahan Netflix
  • Kongsi Akaun Netflix: Ini Jawapan Pada Kekeliruan Tentang Peraturan Baru Netflix

Tetapi, laporan kewangan Netflix mencatatkan peningkatan pengguna selepas polisi baru itu dikuat kuasa. Ini bertentangan daripada reaksi pengguna ketika ia diumumkan.

Netflix menerima 5.9 juta pengguna baru seluruh dunia dalam suku terbaru ini. Jumlah ini mengatasi angka yang membatalkan langganan.

subtitle netflix tv 3

Daripada jumlah itu, 1.17 juta datang daripada AS dan Kanada sejak April ke Jun.

Oleh itu, peraturan antikongsi akaun ini akan diperluas ke negara lain pula.

Bahkan, ketua pegawai kewangannya menjangkakan sebahagian besar pertumbuhan pendapatan Netflix tahun ini adalah daripada langganan pelanggan baru, dipercayai dipengaruhi oleh polisi baru ini.

share akaun netflix

Hal ini sebenarnya tidak mengejutkan kerana sebelumnya, ketika polisi ini diuji di beberapa negara sebelum meluas, hasilnya juga memperlihat peningkatan jumlah pengguna berbanding pembatalan langganan.

share akaun netflix rm13

Apakah anda juga menjadi sebahagian yang langgan Netflix sendiri kerana keluar daripada “keluarga Netflix”?

Sumber: Netflix

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY