Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Netflix_featured image2

Netflix Sah Naikkan Harga Langganan Di 3 Negara

Diterbitkan Oktober 19, 2023 oleh Amalina Athman

Menepati jangkaan, Netflix kini mengesahkan kenaikan harga langganan di tiga negara, yang melibatkan pelan Basic dan Premium.

Berkaitan

  • Sah, One Piece Netflix Diteruskan Untuk Musim Ke-2
  • Siri Aksi Sebenar Avatar: The Last AirBender Bakal Tiba Di Netflix

Bermula hari ini, Netflix berkata akan melaraskan harga langganan, melibatkan negara Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan Perancis.

Di AS, harga langganan pelan beriklan dan Standard kekal sama, manakala pelan Basic dan Premium masing-masing dinaikkan $11.99 dan $22.99.

Sama seperti AS, pelan beriklan dan Standard di UK dan Perancis juga tidak menerima kenaikan harga. Di UK, pelan Basic dan Premium masing-masing berharga £7.99 dan £17.99, sementara pelanggan di Perancis akan melihat peningkatan harga pelan Basic kepada 10.99€ dan pelan Premium 19.99€.

Netflix tidak lagi menawarkan pelan Basic kepada pelanggan baharu di AS dan UK, tetapi peningkatan harga itu mungkin melibatkan pelanggan sedia ada.

Jelas Netflix,

Our starting price is extremely competitive with other streamers and at $6.99 per month in the US, for example, it’s much less than the average price of a single movie ticket.

Bagi pelanggan di negara lain, termasuk Malaysia, mungkin boleh menarik nafas lega, sekurang-kurangnya buat masa ini. Kelak, belum diketahui jika bakal menerima nasib yang sama.

Sumber: Netflix

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY