Netflix akan mula melancarkan ciri baharu yang membolehkan pengguna menambah ‘rumah’ baharu untuk akaun mereka dengan ciri ‘Add a home‘.
Mulai bulan depan, ia akan dilaksanakan di Argentina, Dominican Republic, El Salvador, Guatemala dan Honduras terlebih dahulu.
Ini bermakna semua akaun akan diminta memasukkan satu alamat sebagai rumah mereka. Satu akaun, alamat.
Untuk menambah alamat lain, mereka perlu bayar caj tambahan sekitar $2.99 (~RM14) atau 219 peso (~RM17) di Argentina bagi setiap alamat tambahan.
Pelan Basic boleh menambah 1 alamat, Standard sehingga 2 alamat manakala Premium pula 3 alamat.
Setiap alamat bagaimanapun tidak mempunyai had bilangan peranti.
Jangan keliru dengan profil. Alamat untuk akaun merujuk kepada 1 akaun Netflix, bukan 5 profil yang dibenarkan dicipta untuk satu akaun. Ini bermakna mana-profil pun tertakluk pada alamat yang sama.
Netflix berkata mereka tidak mengesahkan lokasi pengguna melalui GPS, sebaliknya melalui alamat IP, ID peranti dan lain-lain.
Mac lalu, Netflix telah menambah ciri “Add extra member” di Chile, Costa Rica dan Peru. Untuk ciri “Add a home” ini pula, sebenarnya lebih kurang sama saja kerana ia adalah usaha Netflix untuk mengurangkan perkongsian akaun antara pengguna.
Sumber: Netflix