Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Netflix iOS 17

Polisi Chromecast Baharu Netflix Kurang Disenangi Pengguna

Diterbitkan Disember 2, 2025 · Dikemas kini Disember 2, 2025 oleh ariff bukhari

Netflix dilaporkan baru-baru ini membuat perubahan besar yang menimbulkan kegusaran dalam kalangan pelanggannya apabila fungsi casting daripada telefon pintar atau tablet ke Chromecast generasi baharu kini tidak lagi disokong.

Peranti seperti Chromecast dengan Google TV, yang hadir bersama alat kawalan jauh dan antaramuka skrin, hanya boleh digunakan melalui alat kawalan jauh untuk menonton Netflix sahaja.

Polisi Chromecast Baharu Netflix Kurang Disenangi Pengguna

Walau bagaimanapun, Chromecast dari model lama seperti model asal (2013) dan Chromecast Ultra (2016) masih mengekalkan fungsi casting kerana tidak mempunyai kawalan jauh.

Walaupun Netflix menjelaskan bahawa langkah ini bertujuan meningkatkan pengalaman pengguna, namun ramai berpendapat ia menyusahkan kerana mengurangkan fleksibiliti.

Selain itu, pelanggan pelan Netflix dengan iklan pula  langsung tidak boleh menggunakan fungsi casting atau mirroring sama sekali.

Peranti TV atau penstriman sebelum tahun 2015 juga mungkin tidak serasi.

Perubahan ini menunjukkan hala tuju Netflix untuk mengutamakan penggunaan kawalan jauh berbanding integrasi mudah alih, sekali gus mengubah cara pengguna menikmati kandungan di ruang tamu mereka.

Berkaitan

  • Saham Netflix Menjunam, Keuntungan Suku Tahunan Tersasar
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • OpenSys Perkenal PalmWav - Sistem Pembayaran Melalui Imbasan Tapak Tangan Pertama Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY