Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Netflix iOS 17

Netflix Disaman Kerana Didakwa Kumpul Data Pengguna Secara Haram Di Texas

Diterbitkan Mei 15, 2026 oleh ariff bukhari

Kerajaan Negeri Texas telah memfailkan saman terhadap Netflix atas dakwaan mengintip kanak-kanak dan pengguna dewasa dengan mengumpul data tanpa kebenaran.

Menurut Peguam Negara Ken Paxton, Netflix merekodkan “berbilion acara tingkah laku” seperti menonton semula, jeda, langkau, serta aktiviti peranti dan aplikasi.

Lebih membimbangkan, syarikat itu didakwa menggunakan ciri seperti autoplay untuk membuat kanak-kanak terus menonton, sekali gus mengaut lebih banyak data.

https://x.com/TXAG/status/2053872462396367033?s=20

Saman ini turut mendakwa Netflix menjual data sensitif kepada firma pengiklanan dan broker, walaupun sebelum ini pengasas bersama Reed Hastings berjanji tidak akan menjual maklumat peribadi.

Netflix menafikan tuduhan ini dan menyifatkannya sebagai “maklumat tidak tepat dan terpesong.”

Jika didapati bersalah, Netflix berdepan denda sehingga USD10,000 bagi setiap pelanggaran serta mungkin dipaksa menamatkan amalan pengumpulan data semasa dan mematikan autoplay pada profil kanak-kanak.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Aplikasi Mudah Alih Netflix Tampil Wajah Baharu, Kini Ada Ciri 'Clips'
  • Pakej Astro One Ditawarkan Serendah RM74.90/Bulan - Termasuk Netflix, Pek Blockbuster

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY