Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Saham Netflix Menjunam, Keuntungan Suku Tahunan Tersasar

Saham Netflix Menjunam, Keuntungan Suku Tahunan Tersasar

Diterbitkan Oktober 22, 2025 oleh ariff bukhari

Saham Netflix jatuh lebih 6 peratus pada Selasa selepas syarikat penstriman itu melaporkan keuntungan suku tahunan sebanyak AS$2.5 bilion, jauh di bawah jangkaan pasaran.

Pendapatan keseluruhan mencecah AS$11.5 bilion, namun prestasi terjejas akibat perbelanjaan luar jangka bernilai AS$619 juta berkaitan pertikaian dengan pihak berkuasa cukai Brazil.

Ketua pegawai kewangan Netflix, Spencer Neumann, menjelaskan bahawa kos tersebut “bukan cukai pendapatan tetapi kos menjalankan perniagaan di Brazil,” sambil menambah bahawa syarikat lain turut berpotensi terkesan.

Tanpa kos itu, Netflix dijangka mengatasi unjuran margin operasi bagi suku tersebut.

Antara faktor positif, Netflix mencatatkan tahap tontonan tertinggi di AS dan UK dalam tempoh tiga tahun, didorong filem paling popular mereka setakat ini, KPop Demon Hunters.

Syarikat itu turut yakin terhadap momentum suku semasa, dengan tayangan musim terakhir Stranger Things, The Diplomat, serta filem baharu Knives Out Mystery.

Segmen langganan disokong iklan (ad-supported) turut mencatat jualan terbaik setakat ini, dengan hasil iklan berlipat ganda berbanding tahun lalu, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Greg Peters.

Walaupun begitu, penganalisis menjangka pertumbuhan hasil Netflix masih bergantung kepada yuran langganan, bukan pengiklanan.

Netflix kini mempunyai lebih 300 juta pelanggan berbayar di lebih 190 negara, dan terus memperkukuh kedudukannya sebagai perkhidmatan hiburan terbesar dunia.

Terdapat juga khabar angin bahawa syarikat itu sedang menilai kemungkinan pengambilalihan Warner Brothers Discovery, namun pengurusan Netflix menegaskan mereka berhati-hati dalam setiap langkah pelaburan strategik. – AFP.

Berkaitan

  • Netflix Tambah Baik Ciri 'Moments'
  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas
  • SPX Express Lancar Pusat Logistik Pintar Dengan Teknologi AI Dan IoT Di Bukit Raja

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY